in

Ini Dia Program Pengisian Kemerdekaan RTM di TV1, TV2 & TVi

Ada banyak cara meraikan sambutan Hari Merdeka tanggal 31 Ogos setiap tahun. Ulang tahun kemerdekaan lazimnya diraikan dengan acara-cara seperti perarakan, persembahan kebudayaan serta karnival. Begitu juga stesen TV yang menayangkan program-program menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak para penonton setianya untuk sama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan beberapa rancangan menarik mengisi saluran TV1, TV2 dan TVi sepanjang sambutan merdeka ini.

Saluran utama TV1 menjelang sambutan Hari Merdeka pada 30 Ogos ini, pukul 10.00 malam menyiarkan filem “Bravo 5” kisah benar perjuangan lima wira negara membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda negara hari ini. Filem garapan pengarah M Hitler Zami ini turut mempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim, Remy Ishak (Leftenan Azri) dan Soffi Jikan (Ketua Parti Komunis Malaya) selaku teraju utamanya. Selain itu, ia dibantu barisan pelakon seperti Sa­shi Tharan (Koperal Morgan), Xavier Fong (Koperal Ah Chia), Frank Peterson (Sarjan Unya), Normah Damanhuri, Siti Saleha, Tasha Shilla dan Allahyarham Kuswadinata.

Bravo 5 berdasarkan kisah benar dan berlatarkan tahun 1989. Ia menceritakan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat Malaysia (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan pengganas komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya, perhubungan mereka terputus kerana mengalami kerosakan ‘set peralatan komunikasi’. Tanpa bantuan pasukan sahabat lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 pengganas komunis.

Ikuti Siaran Langsung Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017 dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini, mulai pukul 7.00 pagi. Menyusul tayangan program majalah “Wira Belantara” terbitan Unit Majalah Dokumentari pada pukul 2.30 petang.

Hari sama pukul 3.05 petang saksikan telemovie “Kau Tetap Mei Hua” lakonan Janet Khoo, Adeline Tsen, Ben Amir, Aida Aris, Haeriyanto Hassan, Kenny Ong, Siti Salbiah, Jason Chong, ShahFahrin, Esther Wei Xi, dan Iskandar Shahidan. Ia mengisahkan suka duka seorang ibu bernama Mei Fang yang kehilangan yang kehilangan anaknya ketika di zaman komunis. Mei Fang tidak pernah berputus asa untuk mencari anaknya sehingga kini.

Diteruskan pada 2 September ini, pukul 3.05 petang siaran telemovie “Namaku Bukan Setsuko” terbitan Unit Drama TV mengisahkan tentang percintaan, kesetiaan dan pengorbanan dua insan semasa zaman pendudukan Jepun di Malaysia yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Harapan Setsuko mencari ibunya di Malaysia akhirnya membuahkan hasil lebih dari itu dia menemui jati diri, bangsa serta agama asalnya sendiri. Ia menampilkan pelakon Mariani Ismail, Nisha Dirr, Dian P.Ramlee, Elaine Daly, Wan Maimunah, Maimun Talib dan Abu Bakar Omar.

Sementara itu TV2 mengisi Slot Teater Legenda dengan tayangan filem “Sarjan Hassan” pada 28 Ogos ini, pukul 9.30 malam yang menyorot kisah Hassan menyertai pasukan Askar Melayu. Oleh kerana sikap dan semangatnya yang tinggi, Hassan dinaikkan ke pangkat Sarjan. Hassan berjuang mempertahankan negara daripada tentera Jepun. Filem ini lakonan P.Ramlee, Salleh Kamil, Jins Shamsuddin, Saadiah dan S Shamsudin.

Menyusul filem “Tanda Putera” pada 2 September ini, pukul 9.30 malam, kisah persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail. Tun Razak merahsiakan penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara ekoran peristiwa htam 13 Mei 1969. Keperibadian, kecekalan, keazaman dan aura kepemimpinan mereka sangat kuat sehingga menjadi inspirasi golongan muda seperti Zarah, Kara dan Zaman. Ia dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Kamarulzaman Taib, Sahee Shamsuddin, Razif Hashim, Ismaizal Yusoof, Ali Steven Shorthose dan Norman Hakim.

TVi pula tampil dengan telemovie bertajuk “Album Usang” pada 31 Ogos Ini, pukul 2.00 petang lakonan Qazem Nor, Damien Wu, Lan Siro, Liann Tan, dan Arivanath Subramaniam arahan Abdul Rahim Awang ini mengangkat empat sahabat, Hashim, Mokhtar, Morgan dan Robert berkawan sejak zaman kolej. Setelah sekian lama mereka bertemu semula dan masing-masing bekerja sebagai polis, peguam, hakim dan ahli perniagaan. Hashim mengesyaki Robert terlibat dengan aktiviti jenayah dan ini menimbulkankonflik di antara mereka.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CARS

Temubual Bersama Kiki Poh Anak Malaysia Pertama Bekerja Dengan DISNEY PIXAR

tony fernandes airasia-2020

Senarai Pemenang Pusingan Akhir AirAsia Runway Ready Designer Search 2017