in ,

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Pasti anda tak terfikir jika Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang selalu kita lihat ketika sidang media kini tampil dalam watak animasi. Ya, itulah yang kita dapat lihat dalam klip video terbaru siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy.

Sekiranya sebelum ini kita sering melihat beliau di kaca TV dan paparan-paparan media sosial, kali ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham akhirnya membuat kemunculan dalam bentuk animasi bersama BoboiBoy.

Kemunculan pertama beliau sebagai watak animasi itu dibuat dalam satu video iklan hebahan khidmat awam (PSA) mengenai COVID-19 di laman YouTube Monsta yang membawakan BoboiBoy sebelum ini. Beliau menjadi ‘adiwira’ dengan berkongsi langkah pencegahan untuk melawan wabak Covid-19 di kalangan masyarakat.

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Tampil menggunakan suara sebenar, beliau menerangkan langkah pencegahan melalui kempen CAPP, iaitu ‘Cegah, Amal, Patuh dan Pantau’.

Dalam video berdurasi 1.05 saat itu, Dr Noor Hisham tampil membantu dan memberikan nasihat berguna buat BoboiBoy dan rakan-rakan dalam menentang COVID-19 ketika ini.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk menghalang virus COVID-19.

“Kamu hanya perlukan CAPP,” laungnya dalam video berkenaan.

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Kemunculan Dr Noor Hisham dalam video berkenaan adalah untuk membantu BoboiBoy dan rakan-rakannya selepas kesemua kuasa yang dimiliki mereka tidak berjaya untuk menghalang virus COVID-19.

CAPP dalam video pula bukanlah merujuk kepada sebarang kuasa luar biasa namun ia merupakan empat langkah penting berhadapan COVID-19 iaitu Cegah Dari Awal, Amalkan Norma Baharu, Patuhi SOP, dan Pantau Status Kesihatan Diri.

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Pesanan khidmat masyarakat itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Monsta dengan tujuan utama mendidik seluruh rakyat Malaysia tidak kira
usia, agama atau bangsa untuk meningkatkan rasa tanggung jawab dalam melindungi
diri, keluarga dan masyarakat bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang
semakin meningkat dengan pertambahan kes baharu setiap hari.

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Mula dimuatnaik sejak semalam, video berkenaan sehingga kini baru sahaja mencecah hampir 80,000 tontonan di YouTube.

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19

Tetapi kepada anda yang belum menonton perkongsian penuh daripada BoboiBoy dan Dr Noor Hisham ini jangan risau kerana anda boleh menontonnya melalui pautan di bawah.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lelaki Video Panas Itu Bukan Hun Haqeem! Bukti Dirakam, Penyebar Sudah Diketahui

Isu Politik Malaysia Terkini, Adakah Malaysia Akan Isytiharkan Darurat?