in , ,

HAHAHA!HAHAHA!

Buka Tudung, Fathia dakwa Tak Mahu Hidup Berpura-pura

Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff, 32, mengaku enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.

Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.

Fathia

“Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.

“Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah.

“Saya mahu membersihkan hati dulu, sebelum berubah,”

– Fathia

Pelakon yang pernah melonjak popularitinya menerusi drama Ariana Rose itu memberitahu, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.

“Lebih baik, saya bersikap jujur daripada hidup berpura-pura.”Saya gembira dan merasakan kembali bersemangat untuk hidup apabila melakukan apa yang saya suka.

“Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki,”

– Fathia

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung, Ahad lalu. Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

NAIM DANIEL

Apa Yang Uniknya Video Muzik SUMPAH Naim Daniel Sehingga Trending di Youtube?

zamani-slam

Keluhan Zamani Dalam Video Muzik Single ADUH Ciptaan Faizal Tahir