in ,

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD

18 episod dokumentari jelajah penghidupan di dalam laut di beberapa buah lokasi di seluruh dunia, “Great Blue Wild”menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 23 Julai ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 12.05 tengah hari di TV1.

Menariknya dalam siaran program setengah jam ini turut dipaparkan bagaimana pelbagai spesies ikan dan haiwan ini menyesuaikan diri di kawasan yang mencabar dari segi cuaca dan alam sekitar.

#1 – COCOS ISLAND 

Episod ini mengisahkan penghidupan laut di pulau Cocos yang terletak 500 kilometer dari Costa Rica. Jacques Cousteau pernah mengelarkan pulau Cocos ini sebagai pulau yang paling indah di dunia. Di kawasan perairan pulau ini terdapat pelbagai spesies yang unik seperti “White Tipped Shark”, “Green Sea Turtle”, “Glass Octopus” dan “Friday Jelly Fish”. 

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD

#2 – SOCORRO ISLANDS 

Kepulauan Socorro, atau yang juga dikenali sebagai Archipelago Revillagigedo ini terletak di Lautan Pasifik sekitar 400km di barat selatan Mexico. Kepulauan ini merupakan sebagai syurga bagi pelbagai spesies ikan jerung seperti “Hammerhead”, “Silky”, “White Tipped” dan “Silver Tipped”. Kepulauan ini juga terkenal dengan spesies ikan paus “Humpback”, ikan lumba-lumba dan “Giant Manta Rays”.  

#3 – BAHAMAS 

Bahamas terdiri daripada lebih dari 700 pulau dan terletak di utara Cuba dan di timur Florida Keys. Lautan di sekitar Bahamas mengandungi pelbagai kehidupan laut. Di samping itu, terdapat sepanjang 900 batu “Coral” di kawasan ini, dan “Barrier Reef” sebegini adalah yang ketiga terpanjang di dunia. “Barrier Reef” ini penuh dengan spesies ikan seperti “Clownfish”, “Angelfish” dan “Barracudas”. Kehidupan laut yang lain yang terdapat di lautan ini adalah seperti ikan paus “Humpback”, ikan paus “Spotted” dan ikan lumba-lumba.

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD

#4 – BELIZE 

Belize Barrier Reef merupakan terumbu karang (coral reef) yang kedua terbesar di dunia dan terletak kira-kira empat puluh kilometer dari Belize. Terumbu karang ini dianggarkan berumur hampir 4,000 tahun. Perairannya di kawasan terumbu karang ini mengandungi ekosistem marin yang paling besar. Di antara spesies ikan dan kehidupan marin yang terdapat di sini adalah seperti “Green Moray Eel”, “Baraccuda”, “Green Sea Turtles”, “Squirrel Fish”, ”Angel Fish”, “Black Tipped Sharks” dan “Southern Sting Ray”.

#5 – COZUMEL 

Cozumel merupakan terumbu karang (coral reef) yang terletak kira-kira 30 kilometer dari “Yukatan Peninsular”, di negara Mexico. Dalam lautan Caribbean, di mana letaknya terumbu karang ini, terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin unik seperti “Boar Shark”, “Hogspill Sea Turtles”, “Toad Fish”, ”French Angels”, “Parrot Fish” dan “Baracudda”. Di Yukatan Peninsular ini, juga terdapat gua-gua di dalam air (underwater subterranean caves) yang paling lama di dunia dan yang popular dengan penyelam-penyelam profesional di seluruh dunia.

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD

#6 – ROATAN 

Roatan, merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Honduras. Dalam lautan Caribbean, di mana terletaknya Roatan terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik,seperti “Carribean Reef Shark”, “Lion Fish”, “Groupers”, “Porcupine Fish” dan “Green Moray Eel”. Di sini, juga terdapat gua-gua di dalam air yang paling popular dalam kalangan penyelam-penyelam profesional.

#7 – CABO PULMO (SEA OF CORTEZ) 

Cabo Pulmo, merupakan sebuah pulau yang terletak di lautan Cortez, berdekatan dengan Mexico. Usaha memulihkan kawasan lautan disini dimula pada tahun 1980 selepas didapati bilangan kehidupan marin hampir pupus akibat terlalu banyak aktiviti perikanan. Kini, kawasan laut di sekitar terumbu karang (coral reef) di kawasan ini, penuh dengan pelbagai spesies penghidupan laut. Dalam lautan ini terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik,seperti “Travally Jack”, “ Whale Shark”, “White Tipped Shark”, “Lion Fish”, “Groupers”, “Sea Lions” dan penyu.

#8 – PALAU SHARK SANCTUARY 

Palau merupakan sebuah pulau yang terletak 1600 kilometer dari negara Filipina. Dalam lautan di sini terletak terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik, seperti “Moorish Idols”, “White Tipped Reef Sharks” “Boar Shark”,“Napolean Humphead Wrasse” dan “Baracudda”. Kawasan lautan ini juga popular dengan penyelam-penyelam kerana beratusratus ikan jerung yang terdapat di sini. Cabaran yang dihadapi di kawasan ini ialah pemburu gelap yang kerap kali datang untuk menangkap ikan jerung secara haram.

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD

#9 – GIANTS OF PALAU 

Palau terletak 1600 dari negara Filipina. Kawasan ini mempunyai beberapa buah pulau yang kecil dan besar yang kini popular dengan “Eco Tourism”. Dalam lautan di sini terletak terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik dan besar seperti “Manta Rays”, “Napolean Humphead Wrasse”, “Feathered Tail Stingray” dan “Parrot Fish”.

#10 – THE SECRET LIVES OF MANTA 

Episod ini memberi fokus kepada “Giant Manta Ray”. Terdapat dua jenis “Giant Manta Ray” – “Oceanic Manta Ray” dan “Reef Manta Ray”. Kedua-dua ini terdapat di lautan Raja Ampat di Indonesia. Di sini terdapat lebih kurang empat ratus “Reef Manta Ray” dan dua ratus “Oceanic Manta Ray”. Kerajaan Indonesia berusaha untuk melindungi “Manta Ray” dengan tidak membenarkan aktiviti perikanan di kawasan Raja Ampat ini.

#11 – AMAZON OF THE SEAS 

Episod ini memberi fokus kepada hutan hujan marin yang terdapat di Raja Ampat di Indonesia. Kawasan ini menghadapi ancaman oleh sebab peningkatan suhu laut dan amalan memancing yang merosakkan terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin. Walau bagaimanapun, inisiatif pemuliharaan telah dimulakan dalam kawasan laut yang dilindungi ini. Usaha ini telah memberikan lindungan kepada penghidupan laut seperti “Manta Ray”, beberapa spesies karang yang unik, beberapa spesies penyu, “Whale Sharks” dan “Black Tipped Sharks”.

#12 – LIFE IN THE MUCK Episod ini memberi fokus kepada dasar laut di Indonesia, di mana letaknya terumbu karang yang besar. Di sini terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik seperti “Finger Dragnet”, “Star Gazer” ,”Sea Slugs”, ”Scorpion Fish”, Walking Sharks” dan pelbagai spesies udang.

#13 – MALDIVES 

Negara Maldives merupakan negara yang paling rendah di dunia, dan menjadi semakin rendah akibat peningkatan paras laut. Oleh yang demikian, sistem terumbu karang yang terdapat di Maldives menghadapi risiko yang tinggi dan kehidupan marin terancam. Usaha diambil oleh beberapa buah pertubuhan untuk memelihara syurga laut ini daripada kemusnahan perubahan iklim. Di sini, terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik seperti “Whale Sharks”, “Olive Ridley Turtle”, “Manta Ray” di samping 200 jenis karang dan beribu-ribu spesies ikan tropika.

#14 – COSTA RICA 

Costa Rica yang terletak di lautan Pasifik dan Caribbean adalah rumah kepada 3.5% dari semua spesies laut di dunia. Di Gulfo Dulce, Costa Rica usaha diambil untuk melindungi dan menjaga “Hammerhead Sharks” yang bilangannya semakin menurun. Di samping itu, di lautan ini juga terdapat pelbagai spesies “Rays” seperti “Long Tailed Sting Rays”, penyu dan “Dolphins”. Di kawasan lautan berdekatan pulau Cocos yang juga terletak di Costa Rica, terdapat pelbagai spesies ikan jerung. Cabaran yang dihadapi di kawasan ini ialah pemburu gelap yang kerap kali datang untuk menangkap ikan jerung secara haram.

#15 – WILD COAST OF SOUTH AFRICA 

Episod ini memberi fokus kepada kawasan pantai Afrika Selatan yang terbentang sejauh 270 kilometer. Oleh sebab lokasi kawasan ini di antara dua perairan besar iaitu lautan India dan Atlantik, maka terdapat ombak yang kuat. Perkara sebegini mempunyai kesan terhadap ekosistem marin terutamanya kehidupan marin di kawasan ini. Andrea Marshall, pakar dan penyelidik “Manta Rays” telah membuat banyak kajian tentang kesan ekosistem marin terhadap “Manta Rays” yang terdapat dalam bilangan yang besar di sini.

#16 – SAVE THE GIANTS 

Episod ini memberi fokus kepada kawasan pantai Mozambique yang terbentang sejauh 1600 kilometer. Tempat ini terkenal dengan haiwan marin gergasi seperti “Manta Rays”, “Humpbacks” dan “Whale Sharks” . Di samping itu terdapat juga pelbagai spesis ikan kecil yang belum dikenal pasti lagi. Pakar-pakar seperti Andrea Marshall and Nakia Cullain, kini menjalani penyelidikan ke atas haiwan marin yang terlindung ini.

#17 – MACRO MOZAMBIQUE 

Episod ini mengisahkan kehidupan laut yang kecil yang terdapat di dasar laut di kawasan laut berdekatan Mozambique. Antara spesies haiwan marin yang kecil yang terdapat di sini ialah pelbagai jenis siput seperti “Nudibranch”, udang kecil, ketam dan “Sea Horse”. Aktiviti perikanan yang dijalankan di sini merupakan ancaman kepada kehidupan laut kecil ini.

#18 – LIFE IN THE FOOD CHAIN

Episod ini memberi fokus kepada “Plankton”. “Plankton” merupakan makhluk laut yang terkecil tetapi yang paling penting di dalam “food chain” kehidupan laut. Plankton amat penting kepada kedua-dua ekosistem laut dan air tawar. Terdapat beberapa jenis “Plankton”, iaitu “Algae, Bacteria, Protozoans, Crustaceans, Mollusks”, dan “Coelenterates”. Kehidupan marin yang kecil seperti “Jack Fish”,”Ghost Pipe Fish”, “Porcelain Crab” dan “Urchin Crab” kepada yang besar seperti “Sharks”, “Dolphins”, “Manta Rays” dan Morray Eels” bergantung pada “Plankton”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Terima Pengiktirafan di Ramsgate International Film & TV Festival

tony fernandes airasia-2020

Restoran Santan Buka Cawangan Kedua di Malaysia, Kini di Sunway Pyramid