in ,

Fattah Amin Penghias Muka Depan MASKULIN Jan-Mac 2019

Sempena kedatangan tahun baru 2019, majalah Maskulin keluaran Januari telah menampilkan barisan selebriti lelaki GUESS yang sememangnya kacak dan trendy! Antara yang terpilih ialah Fattah Amin, Daler Yusof, Azrel Ismail, Alvin Chong dan Idris Khan. Jom kita belek-belek.

Tampil dengan konsep santai denim dengan gaya ranggi, Fattah Amin kelihatan agak serius dengan pose pose sebegitu. Budiey sempat baca isi kandungan temubual bersama wartawan Maskulin yang menyelusuri perjalanan karier Fattah dari awal pembabitan sehingga kini.

Fattah Amin Maskulin Januari 2019

Fattah mengakui beliau terpaksa berdepan dengan persaingan dalam dunia seni. Dengan industri yang semakin maju berkembang dengan melahirkan ramai bakat-bakat baru yang cukup baik ditambah kehadiran mereka dengan full package cukup memberi saingan.

Namun, Fattah Amin menganggap persaingan itu adalah satu cabaran yang harus digalas oleh setiap pelakon untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap hasil karya seni.

Artikel itu turut menyentuh tentang tanggungjawab nesar sebagai ketua keluarga dan suami yang menjadi amanah yang tidak ternilai dan perlu dilunaskan dengan sebaiknya.

Menurut Fattah, dia baru sahaja habis pengambaran filem MAT KILAU yang mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kulau dan diubah mengikut kesesuaian.

Filem arahan Syamsul Yusuf dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As’ari, A Galak, Wan Hanafi Su, Farid Amirul, Nadiya Nisaa dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

Fattah Amin
Fattah Amin Maskulin Januari 2019
Fattah Amin Maskulin Januari 2019
Fattah Amin Maskulin Januari 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelibat Jake Gyllenhaal dalam Trailer Rasmi SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

TV2 Siar Filem TRAIN TO BUSAN