in ,

Kelahiran Di Ambang Kematian, Siri Kita MASIH BELUM MENANG Majalah 3

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP), kes positif Covid-19 masih berada di tahap yang membimbangkan. Keadaan ini juga terus memberikan cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dari pelbagai sektor untuk menangani pandemik yang tercetus sejak tahun lalu.

Program dokumentari TV3, Majalah 3 membuat liputan dokumentari istimewa bertajuk ‘Kita Masih Belum Menang’ hasil saranan daripada Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berkongsi informasi dengan masyarakat mengenai realiti dan impak virus Covid-19.

Pada 17 Mei lalu, siri pertama dokumentari istimewa itu memaparkan keadaan getir yang dihadapi petugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan situasi sebenar di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Episod tersebut memberikan impak yang besar sehingga berjaya mencapai 5 juta penonton (sumber Nielsen Audience Measurement) dan ia juga tular di laman sosial media sekaligus menepati matlamat program ini supaya penonton dapat mengetahui trend terkini pandemik ini. 

Krew Majalah 3 Bersama Warga Kerja Hospital Sungai Buloh

Kini, Majalah 3 membuat liputan susulan perkembangan terkini keadaan Covid-19 dalam negara. Episod yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2021, jam 9.00 malam ini dengan fokus kepada dua sisi kehidupan, iaitu kelahiran dan kematian dalam pandemik. Krew Majalah 3 secara eksklusif berada di dalam ruang forensik menyaksikan bagaimana bedah siasat (post mortem) mayat mangsa Covid-19 dilakukan. Ini bagi memberi informasi mengenai kesan virus terhadap organ tubuh mangsa terutama pada paru-paru. 

Episod ini akan turut memaparkan keadaan wad pediatrik yang mula merunsingkan pakar perubatan ekoran bilangan kanak-kanak positif Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat. Krew juga berada di dalam dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) menyaksikan petugas perubatan yang berhadapan dengan cabaran menjalankan pembedahan wanita hamil tidak cukup bulan ekoran dijangkiti virus Covid-19, demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Episod 2 Majalah 3: Kita Masih Belum Menang yang akan disiarkan pada 5 Julai, 9.00 malam ini diterajui oleh Gan Bock Khim (Penerbit Eksekutif), Christine Lee Mei Chin dan Khaleeq Shahzada Manja (Penerbit dan Wartawan). 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hantar Anak Bersekolah di Perancis, Ibu Mentua Nora Danish Teruk Dikecam

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf?