in

Hantar Anak Bersekolah di Perancis, Ibu Mentua Nora Danish Teruk Dikecam

Hari ini hangat diperkatakan mengenai ibu mertua tiri pelakon Nora Danish iaitu Datin Seri Haflin Saiful yang memuat naik foto dan video di Instagram dikatakan berlepas ke Perancis.

Difahamkan, tujuan isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu ke sana adalah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah di sana. Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Di laman Twitter, rata-rata netizen mengecam Haflin apatah lagi ramai rakyat kesusahan sehinggakan ada yang mendoakan agar pesawat yang dinaikinya terhempas.

Malah, netizen turut meluahkan rasa berang apabila mendakwa Haflin dapat travel ke luar negara atas alasan yang meragukan dan lebih menimbulkan kemarahan apabila memuat naik perjalanannya ke sana di media sosial.

Hantar Anak Bersekolah di Perancis, Ibu Mentua Nora Danish Teruk Dikecam

Dalam pada itu, lebih menjadi perhatian Haflin memuat naik satu entry di Insta Story seolah menyindir kembali netizen yang menghentamnya.

Hantar Anak Bersekolah di Perancis, Ibu Mentua Nora Danish Teruk Dikecam

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Nazri Aziz turut sama dalam penerbangan dan setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Lambat Bercakap Sebab Gajet, Mia Ahmad Akui Salah Sendiri

Kelahiran Di Ambang Kematian, Siri Kita MASIH BELUM MENANG Majalah 3