in ,

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf?

Sudahkah anda mengambil vaksin? Dalam ramai-ramai di kalangan anda yang mengambil vaksin AstraZeneca. Mungkin berita ini memberikan info buat anda!

Sejak pandemik menyerang dunia, orang ramai sering mengharapkan kehadiran vaksin untuk memastikan dunia dapat kembali normal semula. Penantian selama lebih setahun ini telah menghasilkan beberapa vaksin COVID-19 terdiri daripada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan sebagainya.

Kehadiran vaksin ini membuatkan orang ramai teruja sekaligus membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya dalam usaha untuk memudahkan pergerakan pada masa akan datang serta mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Dalam pada itu, laporan daripada CodeBlue baru-baru ini menjadi perhatian dunia selepas memaklumkan vaksin AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia tidak diiktiraf oleh EU Digital COVID Certificate.

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf Oleh EU

Difahamkan vaksin AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia dihasilkan oleh SK Bioscience dari Korea Selatan serta Siam Bioscience dari Thailand. Malah, vaksin AstraZeneca yang baru sahaja dihantar Jepun ke Malaysia baru-baru ini dilaporkan juga turut tidak menerima pengesahan daripada EMA.

Sementara itu, vaksin AstraZeneca (jenama Vaxzevria) dan dihasilkan oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan China berjaya mendapat pengesahan European Medicines Agency (EMA).

Sementara itu, pihak World Health Organization (WHO) telah mengesahkan vaksin Sinovac yang kini ditawarkan di Malaysia selamat untuk disuntik. Walau bagaimanapun, pihak EMA memaklumkan vaksin Sinovac serta vaksin Sputnik V keluaran Russia masih lagi dalam pantauan dan kajian.

Pihak CodeBlue telah berhubung dengan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan kepastian sama ada beliau telah berhubung dengan kesatuan EU untuk mengiktiraf vaksin AZ yang disuntik kepada rakyat negara ini.

*Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelahiran Di Ambang Kematian, Siri Kita MASIH BELUM MENANG Majalah 3

Tanda Prihatin PU Riz dan Agensi NGO, Bantu 110 Keluarga B40