in ,

Kejutan Menanti di Malam Gala Filem SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!

Pada jam 8 malam ini, Budiey akan berada di Malam Gala Filem SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10! yang akan berlangsung di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Selain media, pastinya ramai pelakon dan selebriti akan hadir untuk memeriahkan acara ini.

Minggu lalu, Budiey ada mewar-warkan tentang lagu OST filem SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10! yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Cakra Khan. Budiey jangkakan kedua selebriti ini akan turut hadir di acara gilang gemilang ini pada malam ini. Kalau tidak ada Cakra Khan pun, mungkin juga Dato’ Siti Nurhaliza akan hadir untuk mendendangkan lagu ini bersama penyanyi lain. Tapi kalau ada Cakra Khan, pastinya akan lebih sempurna kot.

Budiey sebenarnya tidak sabar untuk menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini. Korang pula bagaimana?

Filem ini diadaptasi dari novel terlaris, “Suamiku Encik Perfect 10!” Anda boleh menonton trailer rasmi di http://goo.gl/qUqi5N dan berpeluang untuk menyaksikan tayangan ekslusif Suamiku Encik Perfect 10 dengan Astro Circle Points di http://astrocircle.astro.com.my pada 21 Januari ini!

Suamiku, Encik Perfect 10!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cristiano Ronaldo Kacak Bergaya Dalam Sut SACOOR BROTHERS

Peraduan Premiere With Budiey Menonton JUPITER ASCENDING 3D IMAX