in , ,

Saiful Jaicob Menghidupkan Semula Lagu Etnik Sabah

Seperti yang kita sedia tahu bahawa negeri Sabah adalah negeri yang dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu dan merupakan negeri yang mempunyai pelbagai bahasa serta dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional . Majoriti etniknya adalah Kadazan, Dusun, Murut.

Saiful Jaicob atau nama sebenar Md Noor Saifullah yang merupakan penyanyi dan composer, anak kelahiran Sabah mengambil peluang untuk mengetengahkan budaya ini dengan meriliskan single terbarunya dalam Bahasa Dusun. Lagunya berjudul ‘’Nokuro Baino’’ yang bermaksud ‘’Mengapa Sekarang’’ciptaan sepenuhnya oleh Saiful Jaicob dan dirakam di Ben Studio, Sabah. 

“Sepanjang proses rakaman lagu ini, pelbagai dugaan yang ditempuhi seperti penggubahan lirik lagu itu kerana terdapat sebahagian penggunaan perkataan yang kurang sesuai. Tambahan pula saya seorang yang kurang pengetahuan tentang perkataan-perkataan Dusun yang lebih mendalam dan puitis. Walaubagaimanapun, lagu ini akhirnya berjaya disiapkan setelah meminta rujukan kepada seorang komposer Dusun yang lebih arif di Sabah iaitu Sekar Madusa . Saya mula aktif kembali selepas pandemik covid-19 dan dijangka akan mengeluarkan single terbaru dalam masa terdekat ini,” – kata Saiful Jaicob 

Saiful Jaicob

Menurut Saiful, lagu ini diilhamkan dari kisah benarnya sendiri. Lagu ini sudah siap rekod sepenuhnya pada tahun 2019, namun belum dikeluarkan secara rasmi. Lagu Dusun ini dicipta ketika pertandingan tahunan “Sugandoi Kaamatan” yang semakin rancak di Sabah. Sugandoi Kaamatan ialah pertandingan nyanyian yang dianjurkan sempena “Pesta Kaamatan” di Sabah. Syarat lagu yang dinyanyikan adalah lagu dalam bahasa Dusun,Kadazan, Murut. Disebabkan itulah lagu ini diciptakan untuk mengetengahkan lagu ini.

Sebelum ini, Saiful Jaicob mempunyai beberapa buah single pada tahun 2014 dan telah menemui langkah untuk menceburi dalam dunia nyanyian apabila menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa composer tempatan Sabah yang lain. Program tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni utamanya tentang kesedaran & kepentingan hakcipta dalam karya – karya mereka, perkongsian tips & cara membuat lagu hits serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit. 

Tajuk : Nokuro Baino (Mengapa Sekarang)

Artis : Saiful Jaicob 

Komposer & Lirik : Saiful Jaicob

Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

Saiful Jaicob

‘’Ketika itu, saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini kepada Luncai Emas. Program yang diberi nama Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Video Muzik telah menjadikan saya sebagai composer secara eksklusif di bawah publisher Luncai Emas dan lagu – lagu ciptaan saya sebelum ini ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas. Saya memilih Luncai Emas adalah kerana saya yakin Luncai Emas boleh mengetengahkan pelbagai jenis lagu atau bahasa di Malaysia ini Khususnya di Semenanjung. ‘’ Jelas Saiful Jaicob.

Single ‘’Nokuro Baino’’ ini telah berada di semua saluran digital & youtube Luncai Emas untuk didengarkan. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. ‘’Harapan saya agar lagu ini dapat diterima di semua telinga pendengar dan masyarakat’’ 

Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan lagu bahasa dusun berkembang sehingga ke semenanjung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan dalam HATI YANG DIKHIANATI

Tular di TikTok, Kecekalan Wanita ‘Istimewa’ Anisa Berniaga Sangat WOW