in , ,

“Lockdown Apo Ni?” – Ifa Raziah Terkejut Masih Ramai Orang Keluar, Jalan Raya Tetap Sesak

Sejak pelaksaan lockdown beberapa minggu lalu, ramai antara netizen yang merungut bahawa perintah tersebut tidak dijalankan dengan sempurna. Hal itu turut diakui oleh pelakon dan penyanyi Ifa Raziah.

Menerusi hantaran di Instagram. Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 46, memberitahu yang dia baru pertama kali keluar dari rumah untuk membeli barangan dapur. Ifa Raziah meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat masih ramai orang yang keluar ketika tempoh lockdown.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ifa menerusi satu posting di Instagram miliknya ketika dia membeli barang-barang keperluan.

Ifa Raziah

“Setelah 17 hari terkurung dalam rumah akhirnya Miss Diva keluar untuk bershopping barang-barang groveries.

“Miss Diva tengok terkejut tengok keadaan KL ni ingatkan tiada orang keluar rumah, rupa-rupanya penuh di mana-mana sahaja.

“Jalan raya pun sesak. Kita ni nak keluar rumah pun takut kena COVID-19. Lockdown apo ni?” persoal Ifa.

Menurut Ifa, dalam keadaan sekarang ini dia sendiri juga berasa takut untuk keluar rumah.

“Kita ni nak keluar rumah pun takut kena covid. LOCK DOWN APO ni,” ujarnya.

Meninjau di bahagian komen, ada pengikut yang bersetuju dengan Ifa.

“Ya betul… lockdown kali ni tak sama seperti lockdown yang awal-awal dulu.”

“Betul Kak Ifa, macam biasa sahaja keadaannya.. sedih mana kes mau turun.”

Ketika ini, negara masih lagi dalam perintah lockdown dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meer Nash | 16

Saranghae Buat Peminat Jatuh Cinta Pada Meer Nash

Syafiq Farhain | 17

Kisah Cinta Teragung dalam Single KAU BIDADARI Nyanyian Syafiq Farhain