in

Karnival Kampus Astro 2011 Kembali Lagi

KARNIVAL KAMPUS ASTRO 2011 KEMBALI LAGI!

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti menarik untuk semua!

Karnival Kampus Astro mengajak anda semua untuk datang beramai-ramai pada hujung minggu ini, Sabtu (10 Disember) dan Ahad (11 Disember) dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara yang dibuka untuk orang ramai secara percuma!

Kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan hebat yang bercorakkan pendidikan daripada saluran-saluran TV kegemaran anda seperti Disney Channel, Animal Planet, Discovery & Discovery Science channel, History Channel, National Geographic Channel, Astro Tutor TV, Astro Ceria, Astro Xia Tai Yang dan Astro TVIQ.

Sains Comot 2

Kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah) juga akan diberikan sebuah buku paspot khas Karnival Kampus Astro. Buku paspot ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengumpul pelekat-pelekat khas daripada saluran-saluran TV di Karnival Kampus Astro yang terlibat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan muka, cenderahati lilin tangan dan juga untuk mendapatkan makanan popcorn. Kanak-kanak juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti permainan kuiz, menyelesaikan teka-teki dan banyak lagi untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.

Selain itu, sempena pelancaran musim kedua rancangan Sains Comot di Astro TVIQ, kanak-kanak juga berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan Prof Comot (Keroz Nazri) di Karnival Kampus Astro pada Disember 10 (Sabtu) jam 11.30 pagi – 12 tengahari, 2.30 petang – 3 petang dan Disember 11 (Ahad) jam 2 petang -2.30 petang. Jangan lupa untuk menonton musim terbaru rancangan Sains Comot di Astro TVIQ yang akan memaparkan pelbagai eksperimen sains menarik seperti melantun telur, susu yang bertukar warna, deodoran buatan sendiri dan banyak lagi. Rancangan Bahasa Malaysia No.1 di TVIQ, Sains Comot musim kedua akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 2.30 petang, bermula 10 Disember di Astro TVIQ (saluran 610).

Mengenai Astro Malaysia Holdings
Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd adalah peneraju kumpulan media bersepadu dengan operasi dalam 4 perniagaan utama : TV Berbayar, Radio, Kandungan dan Digital. Dilancarkan pada tahun 1996, Astro hari ini memiliki 50% penembusan TV kediaman di Malaysia atau 3 juta pelanggan, menjadikannya pengendali TV berbayar utama di rantau Asia Tenggara. Astro bersiaran dengan lebih 152 saluran, dengan 15 daripadanya HD, merupakan pendahulu inovasi dengan pengenalan HD, 3D dan PVR – pertama seumpamanya di Malaysia, dan juga Video Atas Permintaan (VOD) dan servis IPTV. Ia adalah teraju agregator, pencipta dan pengedar kandungan pelbagai bahasa asli dalam pelbagai genre merentasi pelbagai saluran. Jaringan radio, kedua-dua terestrial dan digital meliputi semua bahasa utama dan secara kumulatif menemui 11.5 juta pendengar dalam masa seminggu dan merupakan antara 10 stesen terbaik di Negara ini. Cabang digitalnya terlibat dalam penerbitan, aplikasi dan platform digital di samping penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Sains Comot 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jingle All The Way With Cartoon Network

Show STOMP ’11 Sangat Memukau & Genius