in , ,

Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Yang Lebih Bermuafakat 

Karnival Garden 8 merupakan sebuah program yang diadakan atas kerjasama bersama oleh pihak Kebun Komuniti Garden 8, Taman Perwira, Majlis Perbandaran Selayang, Agrobank beserta dengan UCTC UPM.

Karnival Garden 8 diadakan bagi mempromosikan konsep kebun kejiranan lestari atau hijau di lorong belakang di Taman Perwira Setia beserta taman-taman perumahan yang berdekatan. 

Antara objektif utama tercetus idea bagi menganjurkan Karnival Garden 8 ialah bagi menyokong usaha KPKT memperkasakan “Dasar Kebun Komuniti Bandar” dan menggalakkan penduduk setempat berkebun dan mengamalkan kehidupan lestari. Selain itu, antara objektif yang lain ialah bagi menyemai minat dan ilmu kepada kanak- kanak dan remaja dalam bidang pertanian serta dapat menjana ekonomi mikro di kawasan perumahan bandar. 

Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat

Karnival Garden 8 bermula pada jam 8 pagi sehingga 2 petang dan ia diadakan di Garden 8, Jalan Geliga, Taman Perwira, Gombak. Terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan seperti Cilik Pertanian oleh UCTC UPM, Dapur Putra (demonstrasi masakan gabungan Garden 8 beserta UPM), pengurusan asas ternakan kelulut beserta dengan pelbagai gerai jualan makanan dan gerai jualan hasil tanaman dari Kebun Komuniti Garden 8 sendiri. 

Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat
Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat
Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat
Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat
Karnival Garden 8 Memupuk Semangat Jiran Bermuafakat

TENTANG GARDEN 8 

Garden 8 adalah sebuah kebun kejiranan lestari lorong belakang di Taman Perwira, Gombak yang mula dibangunkan pada September 2021. Nama Garden 8 tercipta daripada 8 orang ahli pertama yang memulakan kebun komuniti ini. la bermula dengan 2 rumah menjadi 8, seterusnya 18 dan terkini 33. Menerapkan konsep lestari di kebun komuniti seperti SPAH, kitar semula, kompos dan tenaga solar selain sebuah taman untuk beriadah dan berinteraksi sesama jiran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND Malaysia

Sambutan 90 Tahun Bermain Dengan LEGO® Di Legoland® Malaysia Resort 

NETFLIX

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Netflix’s Geeked Week 2022