in , ,

Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Lelaki, Pemuda Kecut Perut Dicekup Orang Ramai

Seorang pemilik TikTok telah memuat naik video seorang lelaki yang berjaya ditahan orang awam selepas dipercayai merakam video pengguna tandas lelaki di sebuah stesen minyak.

Kita sememangnya tidak sedar bahawa ramai orang yang bahaya di sekeliling kita. Sebab itulah kita diminta dan diingatkan supaya sentiasa berhati-hati, luaskan biji mata walaupun dimana pun kita berada.

Akan tetapi, dalam pada kita masih berjaga-jaga, tetap juga ada yang melakukan kejahatan di tempat-tempat awam seakan menyangka tiada sesiapa melihat perkara mungkar yang dilakukan.

Skodeng Lelaki Dalam Tandas

Hal tersebut samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @botakk.haa apabila memuat naik video seorang lelaki yang berjaya ditahan orang awam selepas dipercayai merakam video pengguna tandas lelaki di sebuah stesen minyak.

Cuba Nak Delete Rakaman

Menerusi video-video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu, kita dapat lihat lelaki berkenaan pada awalnya tidak memberi kerjasama ketika orang ramai mahu melihat rakaman yang dilakukan.

Akhirnya, rakaman yang dibuat di telefon bimbit itu berjaya dilihat orang awam walaupun lelaki berkenaan cuba untuk memadam gambar serta video di galeri telefon.

Dah Dibawa Ke Balai Polis

Lelaki yang membuat rakaman di tandas awam itu juga dimaklumkan sudah dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat keterangan berhubung perkara tersebut.

Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Lelaki, Pemuda Kecut Perut Dicekup Orang Ramai

Risau Nak Pergi Tandas Sekarang

Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima di media sosial dengan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu.

Screenshot 2021-10-06 At 11.27.54 Am
Screenshot 2021-10-06 At 11.28.07 Am
Screenshot 2021-10-06 At 11.28.19 Am

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scarlett Johansson Black Widow | 23

Filem BLACK WIDOW Kini Boleh Ditonton di Disney+ Hotstar Bermula 6 Oktober

Yonnyboii 2021 Red | 24

Album YONNY DELUXE VERSION Himpun 9 Lagu Terbaik, Bonus TAK SANGKA & Angel