in , ,

Filem BLACK WIDOW Kini Boleh Ditonton di Disney+ Hotstar Bermula 6 Oktober

Buat anda pelanggan aplikasi Disney+ Hotstar, mulai hari ini 6 Oktober anda boleh menonton filem BLACK WIDOW lakonan Scarlett Johansson!

Mulai hari ini, 6 Oktober, anda boleh saksikan sebuah filem pengintipan yang penuh aksi iaitu Marvel Studios, Black Widow, di Disney+ Hotstar! Filem ini diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan oleh Kevin Feige.

Disney + Hotstar telah berkongsi poster TV baru bagi meraikan “Black Widow” Marvel Studios, yang kini tersedia untuk semua pelanggan Disney + Hotstar mulai hari Rabu, 6 Oktober ini.

Filem BLACK WIDOW Kini Boleh Ditonton di Disney+ Hotstar Bermula 6 Oktober

Filem tayangan aksi penuh mengungkap misteri masa lalu Natasha Romanoff dan perjalanannya menjadi perisik dan pembunuh tanpa henti. Diisi dengan penyesalan dan keinginan untuk memperbaiki kesalahannya, Natasha bertemu kembali dengan orang-orang yang pernah dianggapnya sebagai keluarga untuk menghancurkan organisasi yang merobohkan kehidupan mereka.

Dalam filem pertama Fasa Empat Marvel Cinematic Universe (MCU), ketika muncul konspirasi berbahaya dan kaitannya dengan masa lalunya, Natasha Romanoff aka Black Widow mesti menghadapi bahagian gelap dari kisah hidupnya. Didorong oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha harus menghadapi masa lalunya dan menangani konflik yang belum selesai dan hubungan yang rosak yang ditinggalkannya sebelum dia menjadi Avenger.

Pelakon Scarlett Johansson mengulangi peranannya sebagai Natasha / Black Widow, sementara Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei / The Red Guardian, dan Rachel Weisz adalah Melina. “Black Widow” diarahkan oleh Cate Shortland dan dihasilkan oleh Kevin Feige; Eric Pearson menulis skrip.

Rakyat Malaysia boleh strim rancangan dan filem kegemaran mereka sekarang dengan melanggan perkhidmatan Disney+ Hotsta  di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan *.

Akses Disney+ Hotstar di Astro dengan tawaran hebat. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk segera memulakan streaming Disney+ Hotstar.

Facebook: @BlackWidow@DisneyPlusHotStarMY

Instagram: @Black.Widow@DisneyPlusHotStarMY

Twitter: @TheBlackWidow@DisneyPlusMY

Hashtag: #BlackWidow

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Lelaki, Pemuda Kecut Perut Dicekup Orang Ramai