in , ,

Kantoi! Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar

Kesucian bulan Ramadan tercalar dengan penyebaran gambar mirip penyanyi terkenal Aliff Aziz yang tidak memakai baju bersama seorang wanita dengan berpakaian seksi viral di laman sosial sejak semalam.

Selain gambar, turut tersebar juga adalah satu rakaman video live Instagram yang memperlihatkan lelaki yang dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita yang sama dikenali dengan nama NIsmell. 

Tidak pernah serik, pelakon Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang wanita baru-baru ini.

Menerusi gambar yang tersebar melalui media sosial, Aliff yang tidak mengenakan baju itu dilihat sedang dipeluk wanita yang dikatakan teman wanita terkininya.

Perkongsian yang dibuat seorang pengguna laman sosial yang juga mendakwa dirinya sebagai rakan kepada wanita yang dimaksudkan menjelaskan dia sangat kecewa dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Nismell.

“Nismell takkanlah dengan laki orang pun kau nak?.

“Tak kesian ke dengan anak bini dia, malu lah sikit, kau nak jadi apa.

“Semoga Allah memberi balasan kepada kau,” tulisnya menerusi Insta Story.

Kantoi! Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar

Sementara itu, wanita ini juga turut berkongsi muat naik perbualannya dengan isteri kepada Aliff, Bella Astillah.

Bella yang sempat berterima kasih dengan perkongsian itu, turut memuji tindakan wanita tersebut yang dilihat cuba membantu dirinya.

Bella ketika dihubungi Portal MHE TV untuk mengulas kontroversi terbaharu yang membabitkan suaminya ini bagaimanapun hanya sempat berterima kasih kepada mereka di luar sana yang terus menyokong dirinya.

Kantoi! Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar

Terdahulu selepas kes kontroversi bersama pelakon Afifah Nasir, Aliff sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita Oktovia Menrose baru-baru ini. 

Netizen menjalankan tugas mereka untuk menghentam Alif Aziz di ruangan komen di Instagram miliknya sejak pagi tadi. 

“Asal nak curang saja kantoi. Tak pernah tak kantoi kan. Check in dengan minah Tiktok pun jadi.”

Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar

Sumber: MHE TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Sinetron Indonesia SAMBALADO Lakonan Ayu Ting Ting

Kotak Suara Rosak, Hael Husaini Terpaksa Berehat Sepanjang Ramadan