in , ,

Kotak Suara Rosak, Hael Husaini Terpaksa Berehat Sepanjang Ramadan

Semoga Hael Husaini cepat sembuh dan dapat bekerja semula selepas hari raya nanti.

Penyanyi Hael Husaini, mengakui jadual kerjaya yang padat, selain tidak cukup rehat sejak sebulan lalu turut memberi kesan kepada pita suaranya.

Justeru, Hael memanfaatkan kedatangan Ramadan untuk berehat dan meluangkan masa bersama anak serta keluarga.

Hael Husaini Konsert Mestika D'Klasik

“Kesihatan saya terjejas disebabkan terlalu penat bekerja. Ia turut memberi kesan kepada kotak suara dan saya dinasihatkan supaya tidak menyanyi selama dua minggu.

“Bayangkan perasaan saya apabila mendapat tahu perkara itu, sedangkan suara adalah instrumen yang menjadi antara punca utama pendapatan.

“Sebelum ini, saya bekerja terlalu kuat hingga tiada masa untuk diri. Sakit ini memberi peringatan supaya tidak mengabaikan diri,”

– Hael Husaini

Masalah itu, akui Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi turut menjejaskan kualiti persembahannya, termasuk ketika beraksi pada Anugerah MeleTOP (AME) 2019, baru-baru ini.

“Bukan hanya di pentas AME 2019, prestasi nyanyian saya juga tidak memuaskan di beberapa acara lain. Apabila sakit, banyak kerja lain yang tergendala, namun saya tetap teruskan komitmen nyanyian.

“Saya perlu profesional kerana sudah bersetuju awal untuk membuat persembahan. Biarpun terpaksa mengambil risiko, saya tetap jalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Tidak dinafikan, saya ada membuat kesilapan, namun saya berusaha untuk memperbaiki apabila kesihatan pulih sepenuhnya nanti,”

– Hael Husaini

Hael yang ditemui pada sesi pradengar lagu runut bunyi filem Aladdin, Dunia Baru, semalam berkata, dia berbangga diberi peluang menyanyikan lagu asal, A Whole New World itu dalam versi Melayu.

“Saya sangat berbesar hati diberi peluang menjadi sebahagian daripada Aladdin. Ketika dipanggil untuk sesi uji bakat, saya cuba lakukan yang terbaik.

“Alhamdulillah, saya terpilih dan pengalaman ini sangat menyeronokkan. Saya membawakan lagu itu dengan cara tersendiri dan berharap ia diterima ramai,”

– Hael Husaini

Dalam perkembangan lain, Hael turut tampil dengan lagu raya, Bersyukur Seadanya yang dicipta bersama Ezra Kong.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kantoi! Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem POLAROID