in , ,

RTM Siar Sinetron Indonesia SAMBALADO Lakonan Ayu Ting Ting

Radio Televisyen Malaysia (RTM)sepanjang Ramadan ini membawakan tayangan drama bersiri Indonesia yang menampilkan Ayu Ting Ting sebagai watak utama. Menerusi sinetron diberi tajuk “Sambalado” ini, penonton pastinya teruja berkongsi inspirasi kejayaan seorang pengusaha sebuah restoran memikat hati pelanggan dan pekerjanya.

Disiarkan mulai 9 Mei ini, setiap hari, pukul 12.00 tengah hari di TV Okey, ia memaparkan kisah seorang pengusaha sebuah restoran yang bangkit semula dalam perniagaannya setelah mengalami kemerosotan. Kehadiran anaknya yang mengilhamkan idea-idea baru telah berjaya bukan sahaja menggamit ramai pelanggan ke restorannya malah memikat hati pekerjanya supaya tetap setia bekerja di gerainya.

Sinetron Indonesia SAMBALADO

27 episod siarannya membawakan tentang watak utama penyanyi dimajlis-majlis perkahwinan bernama Ayu. Hobinya yang gemar tampil di media sosial, membuat namanya dikenali ramai. Pada masa sama, tawaran nyanyian di majlis perkahwinan juga penuh sesak. Situasi itu seringkali membuatkan pembantunya keliru dan tidak menang tangan hingga adakalanya pesanan yang diterima salah dan tertukar maklumat yang akhirnya membuat Ayu marah.

Ayu hanya tinggal dengan orang tuanya, Babe Jali, yang sangat berkira bila melibatkan soal kewangan. Tetapi hakikat itu tidak pernah mengurangkan kasih sayang Ayu untuk ayahnya yang merupakan seorang duda. Babe Ayu memiliki gerai makanan Soto Betawi. Ayu juga jika ada kelapangan turut membantu di gerai melayani pelanggan yang datang menjamu selera.

Sinetron Indonesia SAMBALADO

Sementara itu perniagaan Babe turut dibantu oleh Omas, sepupu Ayu juga dipercayai menjadi juruwang. Semua yang berkaitan dengan soal kewangan telah diamanahkan kepada Omas untuk menguruskannya. Omas pula dibantu oleh beberapa orang pekerja, seperti Euis memiliki perwatakan lurus bendul, Ira yang selalu berlagak bagai bos dan pemarah, tetapi pada masa sama dia seorang yang ceria. Begitu juga dengan Sabar yang miliki sifat sangat penyabar dan Buyung merupakan tukang masak utama di gerai tersebut.

Selain Soto Betawi yang dianggap makanan terlaris di  gerai makanan H. Jali juga terkenal dengan Sambalado yang resipi asalnya dihasilkan mereka. Sambutan yang luar biasa terhadap pesaing perniagaannya membuatkan Burhan, pemilik gerai makanan di sebelah gerai makanan Babe, ingin tahu tentang resipi rahsia sambalado tersebut. 

Apakah kisah selanjutnya? Ikuti kesudahan dalam drama bersiri yang turut dibintangi pelakon komedi termasuklah seperti H.Bolot, Omas, Ginanjar, hadir juga Kang Joe.P, Senk Lotta, Vanessa Angel, Tasha Said dan Dicky Difie ini di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Sinetron Indonesia SAMBALADO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azar Azmi Punca Wan Maimunah Berendam Air Mata dalam Telemovie SYILING OPAH

Kantoi! Gambar Aliff Aziz Tak Pakai Baju Bersama Minah Tiktok Tersebar