in

Kamelia Syermain Nafi Dakwaan Meniru Gaya Yuna

Penyanyi Youtubers, Kamelia Syermain berharap tiada pihak yang cuba menyamakan imej pemakaiannya dengan penyanyi Yuna, memandangkan kedua-dua mereka mempunyai gaya penampilan yang hampir sama. Berkata kepada sebuah portal, penampilan yang dibawakannya lebih kasual sesuai dengan muzik R&B Pop yang ditampilkan menerusi single lagu pertama, Khabar Aku.

kamelia-syermain-red

“Rasanya imej saya dan Yuna jauh berbeza tetapi dia merupakan salah seorang daripada idola saya dalam industri muzik tempatan. Tetapi kami memiliki karakter serta pendekatan muzik yang berbeza. Diharap tiada pihak yang menyamakan saya dan dia (Yuna).”

“Seronok rasanya apabila dapat berkerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam pembikinan single Khabar Aku dan berharap ia akan diterima ramai. Pada asalnya lagu itu bertajuk Apa Khabar namun terpaksa ditukar kepada Khabar Aku pada saat akhir kerana ia mempunyai persamaan dengan lagu daripada Joe Flizzow & Sonaone. Takut orang keliru pula apabila mempunyai dua tajuk lagu yang sama.”

Sementara itu, Kamelia yang merupakan artis naungan Seventeen Eleven Music berkata, dia berasa teruja mahu melihat respons daripada peminat muzik tempatan mengenai Khabar Aku, lagu taruhan pertamanya itu. Khabar Aku merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Alyph (Sleeq) dan Kamelia yakin muzik yang ditampilkan itu akan memberi kesan yang tersendiri buat sesiapa pun yang mendengar.

Kamelia Syermain

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Noniswara Nafi Ada Bercinta Dengan Usahawan

Guests Give Tune Hotel Klia2 The Thumbs Up