in

Kamelia Syermain Perkenal Lagu Baru KHABAR AKU

Seventeen Eleven Music memperkenalkan seorang lagi artis wanita berbakat besar dari Sarawak bergelar Kamelia Syermain. Budiey pernah bertemu dengan Kamelia Syermain semasa beliau hadir bersama pengurusnya, Ash untuk memeriahkan Premiere Filem 300: Rise of an Empire di TGV 1Utama tak lama dulu. Sekali Budiey pandang, gadis manis pemalu yang berhijab ini nampak persis Yuna. Tapi dua kali pandang, sangat jauh berbeza. Mungkin cara bertudung je sama kot.

Kamelia Syermain

Terbaru, Kamelia Syermain yang masih berusia 21 tahun ini bakal tampil dalam sebuah lagu terbaru yang diterbitkan oleh kumpulan duo dari Singapura iaitu Sleeq. Lagu ini berjudul Khabar Aku dikatakan bakal membuktikan bakat beliau di persada seni suara tanahair. Sebenarnya, judul lagu ini adalah Apa Khabar namun setelah mendapati tajuk ini telah digunakan terlebih dulu oleh Joe Flizzow, pihak produksi memilih untuk menukarkan kepada Khabar Aku. Di mana tajuk ini lebih unik dan tak pernah diguna sebelum ini.

Bakat Kamelia dicungkil apabila beliau aktif membuat persembahan di majlis amal sekitar Kuching dan daerah-daerah lain di negeri Sarawak. Kamelia yang memiliki karakter suara yang unik menarik perhatian syarikat rakaman ini untuk menyertai mereka.

Lagu Khabar Aku berkisar tentang kisah seorang gadis yang dah putus cinta dan ingin memulakan kembali hidup baru. Namun jauh di sudut hatinya, masih ada secebis rindu buat bekas kekasihnya. Jadi, lagu ini ditulis dan ditujukan kepada bekas kekasihnya. Untuk pengetahuan, lagu ini dicipta dan liriknya juga ditulis oleh Sleeq.

Menurut kamelia, beliau berasa teruja dapat menyertai syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dan berkerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam pembikinan Single “Khabar Aku”. Mempertaruhkan irama muzik RnB & Rap beliau  berharap  agar single pertamanya ini mendapat sambutan peminat muzik tanahair.

Muzik video untuk lagu ini masih dalam pembikinan dan Budiey akan siarkannya di sini selepas ianya disiapkan. Nantikan!

Kamelia Syermain

Kamelia Syermain

Kamelia Syermain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Jayakan Konsert Malam Irama Gemilang

Legenda Muzik Indonesia Idris Sardi Meninggal Dunia