in

Kak Vee Suria FM Buat VENEER Cantik dan Putihkan Gigi

Orangnya sangat mesra, peramah dan sangat senang untuk diajak berbual. Itulah Kak Vee salah seorang penyampai Suria FM yang Budiey kenali dari zaman Kak Vee buat ruangan Cik Pet Corner di Suria FM lagi. Sekarang selain menyelia ruangan Cik Pet Corner, Kak Vee sekali sekala tampil berkolaborasi dengan penyampai Halim Othman dan Zizi.

Berpeluang untuk bertemu dengan Kak Vee di Konsert Kemuncak Suria FM pada Sabtu lalu, Budiey mulanya agak pelik dan rasa ingin tahu melihat susunan gigi Kak Vee yang sangat putih bak salju tu. Kak Vee buat gigi ke? Soalan itu terpacul untuk menyelongkar apakah rahsia dan mungkin petua yang Kak Vee guna?

Lantas, Kak Vee yang suka berterus terang dan tak suka nak menipu ni apatah lagi nak menyembunyikan rahsianya. Ya, menurut Kak Vee memang dia ‘buat’ gigi.

Patutlah cantik dan sangat putih gigi Kak Vee ni. Apakah jenis pembedahan dibuat? Menurut Kak Vee, ia bukan satu pembedahan ya, Kak Vee cuma buat teknik perubatan gigi yang dinamakan Veneer. Untuk bacaan lanjut, sila klik SINI. Ianya hanya satu lapisan gigi palsu yang diletakkan di hadapan gigi sebenar. Tapi hati-hati ya, kalau pakai veneer ni, kenalah patuhi pantang larangnya. Seseorang itu tak boleh minum kopi dan beberapa jenis makanan lain. Kalau langgar pantang larang ni, alamat habis la rosak gigi tu.

Jadi, berapakah kos untuk buat Veneer ni? RM50 untuk sebatang gigi. Itu paling murah. Bayangkanlah berapa RM yang Kak Vee laburkan untuk buat veneer ni bagi kesemua giginya.

Sekarang tak payah nak buat kat luar negeri. Kat Malaysia ni pun ada. Kalau nak mahal ada lagi pun ada. Singapura pun okay. Kalau berniat untuk buat veneer ni bolehlah pergi ke mana-mana klinik gigi yang ada pakar untuk veneer.

Untuk nampak cantik, manis dan berkeyakinan, Kak Vee tak berkira-kira untuk melaburkan wangnya. Anda macamana?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi

Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder