in

Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder

Semasa acara gimik dan opening, penyampai Suria FM dibawa menaiki 10 motor berkuasa tinggi dengan kerjasama oleh Team WBS CAN AM SPYDER & ONE NATION EVENT. Budiey dengar, geng motor ni sangat kamceng dengan Linda Onn yang seperti semua tahu, dia memang suka dengan motor.

Dikatakan lebih kurang 30 ribu telah hadir dan membanjiri Dataran Putrajaya untuk Konsert Kemuncak Suria FM 2010. Walaupun ada beberapa masalah teknikal, namun Budiey kira konsert ini dianggap satu kejayaan buat Suria FM yang kini semakin naik melonjak dan menjadi kegemaran ramai. Tahniah!

Seramai 21 artis yang telah menjayakan konsert ini termasuk dua buah kumpulan dari indie iaitu The Rocketts Band dan First Step (kids Band ) The Wans & Porte.

Buat julung kalinya XPDC dan juga Kumpulan Slam bergabung semula hanya untuk menjayakan konsert Suria FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kak Vee Suria FM Buat VENEER Cantik dan Putihkan Gigi

Gossip Pelakon Kerap Tukar Kekasih