in

Kad Raya IZ OIAM Yang Klasik

Hari ini, masuk hari raya yang ke-11, barulah sampai kad raya daripada IZ OIAM. Kira okaylah, raya kan sebulan. Jadi, takdelah lewat sangat. Kad ucapan selamat hari raya dari IZ OIAM yang sampai ke tangan Budiey hari ni nampak begitu klasik. Yea, sangat klasik temanya. Kertas pun nampak macam dari yang jenis berkualiti. Warnanya sedikit keemasan.

Mesti mahal gak ni IZ tempah. Tak ramai selebriti yang sanggup buat kad raya eksklusif macam ni… kecuali disponsor la kan. Tapi IZ ni memang jenis yang sangat menghargai peminat dan juga media. So, tak kisahlah la berapa RM dilaburkan, asalkan hajat tu sampai. Yang penting niat tu kena tulis ikhlas. Lagi pun sekali setahun je.

Terima kasih daun keladi, IZ~!

3968879096 8Afa420207 O | 3

Muka depannya, ada gambar IZ lengkap dengan baju Melayu bersongkok dan bersampin. Gambarnya sikit lusuh. Maklumlah… klasik~! Gaya pun macam P. Ramlee je. Tapi buat macamana pun, wajah IZ tetap urban~! Susah nak nampak klasik. Hehe, jangan marah ye IZ.

3968879368 A69486F837 O | 4

Meh kita baca ucapan dari IZ…

Assalamualaikum Abg Budiey~!

I want to say thank you for all your support! Terima kasih sebab Abang Budiey selalu bagi kata-kata semangat untuk IZ bergerak maju ke depan.

Thanks 4 everything!!! Harap Abang Budiey dan isteri dan seluruh keluarga sihat-sihat belaka!!!

Wassalam

IZ OIAM2.

3968917926 A0F22Ba5F9 O | 5

Oh ya, ada sikit pantun~

Aidilfitri hari kemaafan

Melupus kesalahan sesama insan

Mengikat mesra cita perpaduan

Pengerat salam tali persahabatan.

Mmm… indah kata-kata tu, mmm… IZ tak buat rumah terbuka ke tahun ni? Kalau ada, jemputlah Budiey ek~

Oh ya cakap pasal rumah terbuka, kawan IZ… Shila OIAM dah pun kasi jemputan kat Budiey untuk hadir ke rumah terbuka Shila. Terima kasih atas jemputan. Nanti kita jumpa ek. Semestinya, Shila akan jemput kawan-kawannya dari OIAM termasuklah si IZ nih~

Sekali lagi, terima kasih IZ~! Jumpa kamu di event-event akan datang~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem WHITEOUT

Kerja Kosong Kitchen Staff & Krew di Restoran Intai-Intai