in

Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad

Budiey BlogSETELAH notis meminta produksi Melodi dan wartawannya Nas Ahmad untuk meminta maaf menerusi akhbar dan televisyen yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu tidak diendahkan, akhirnya penerbit dan pengarah filem Libas, Jurey Latiff Rosli mengambil keputusan untu menyaman kedua-dua pihak itu.

Menurut Jurey ketika dihubungi, pengurusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu akan berlangsung pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan.

Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.

“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya. Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,” jelasnya lagi.

Dalam kes saman tersebut, Jurey diwakili oleh peguamnya, Shaharudin Sham Sunder. [sumber]

3834513751 A243518A94 O | 4

Filem Libas & Pelakon

Profile Jurey Latiff Rosli

Nama Penuh : Jurey Latiff Mohd Rosli
Tempat Lahir : Lenggung,Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah Seni, Pengarah, Pengarah Fotografi, Penerbit TV, Jururunding Skrip
Kemahiran : Berlakon
Pengalaman:
  1. Mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan Filem dan TV. Pernah berkhidmat dengan ASTRO selama 5 tahun di syarikat Tayangan Unggul Sdn Bhd.
  2. Mempunyai syarikat penerbitan iaitu World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
  3. Menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3.
  4. Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
  5. Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006

4439043207 B8B69224Cf O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Search Jadi Tetamu Selebriti Lagu Berduit Suria FM

Winners HP Holiday With Elves Contest