in

Amy Search Jadi Tetamu Selebriti Lagu Berduit Suria FM

Nak menang duit beribu-ribu? Haaa, Budiey sarankan korang dengarkan Radio Suria FM! Dan jangan lupa, kalau nak hadiah tu, kenalah join peraduan LAGU BERDUIT!

Untuk info korang semua, LAGU BERDUIT di Suria FM kini memasuki minggu ke-tiga. Cepat betul kan? Rasa macam peraduan tu baru bermula.

4381872630 C1040Eed82 O | 4

Hadiahnya bukan sikit ya. Tapi berbaloi-baloi. Sangat banyak! Tu yang buat peraduan ni digilai oleh pendengar Suria FM. Budiey dengar sambutannya pun bukan main rancak lagi ya. Peraduan yang memberi peluang kepada pendengar Suria FM untuk memenangi sebahagian daripada RM75,000 kian mendapat sambutan hebat! Pergh! Biar benar!

Macamana nak join? Untuk menyertainya, pendengar terlebih dahulu harus mendaftar menerusi sms sebagai VIP Suria FM dengan menaip VIP NAMA PENUH NO KP dan hantarkan ke 33988. sebaik saja mendengar Lagu Berduit keudara, sms perlu dihantar dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988.

4381082613 9E1Cee68A7 O | 5

Jika pada minggu pertama dan kedua, nilai setiap lagu berduit RM 250, tetapi bermula minggu ketiga ((15 mac), hingga (28 Mac) ini, nilainya RM 500 tambah menarik, jika lagu yang diputarkan itu dalam versi nyanyian “Live”, RM5,000 akan menjadi milik pendengar

Sejak dimulakan pada 1 Mac, seramai 32 orang telah berjaya memenangi RM250. Norsaadah Bte Mohamad Shafii dari Klang Selangor (24 tahun) yang bekerja sebagai Kerani Akaun menjadi pendengar bertuah pertama yang memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 ketika lagu Mila – Jika Kau ubah fikiran dinyanyikan dalam versi ‘Live’ pada minggu pertama..

Sementara itu, bagi minggu kedua, Norhisham bin Ahmad (35 tahun) juga dari Klang, Selangor, seorang Pengawal Keselamatan menjadi pendengar kedua memenagi RM 5000 diikuti Mazlina Bt Razali (39 tahun) dari Gombak, Selangor, seorang Pramugari (MAS) berjaya memenangi RM 5000 menerusi lagu versi ‘live’ nyanyian Faizal Tahir – Mahakarya Cinta

Lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Amy Search yang pernah menjadi kegilaan anak muda suatu ketika dahulu menjadi ‘Lagu Berduit’ Suria FM pada minggu ini.

4331052451 658B34B8A7 O | 6

Versi ‘Live’ Fantasia Bulan Madu menjanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM10,000 iaitu dua kali ganda dari jumlah yang ditawarkan sebelum ini..

Khamis ini (18 mac), Amy Search akan menjadi tetamu selebriti room bermula jam 7.30 pagi – 9.00 pagi bersama Halim Othman & Zizi.

Adakah itu bermakna, wang tunai RM 10,000 bakal dimenangi?…teruskan mendengar Suria FM yang menjanjikan “Muzik Terbaik Tanpa Henti”.

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Jangan lupa dengarkan Radio Suria FM sekarang!

4381838322 B8F5F1A9D2 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aril AF7 Ganti Jimmy Shanley Jadi Hos Trek Selebriti

Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad