in ,

Judika Teruja Mahu Penonton Puas di Konsert Judika Mencari Cinta

Pada 14 Mac 2014 lalu, telah berlangsungnya sidang media Konsert Judika Mencari Cinta di Alexis Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur. Wah, ini satu berita baik untuk peminat Judika yang menantikan persembahan solo Judika. Teringat Budiey semasa beberapa bulan sebelum ini, Budiey ada menemubual Judika di sebuah Konsert Era FM Sabah dan beliau ada memberitahu beliau akan mengadakan konsert solo yang pertama di Kuala Lumpur. Semua ini dibuat atas permintaan peminat yang mahukan kepuasan melihat Judika buat show solo dalam satu persembahan.

[pullquote]Saat yang ditunggu sudah tiba! JUDIKA bakal menghiburkan semua peminat di Malaysia di Konsert Judika Mencari Cinta yang akan diadakan pada 12 April 2014, hari Sabtu jam 8 malam bertempat KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur anjuran UCS Clockwork. [/pullquote]

Artis lelaki Nombor #1 di Indonesia bakal menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu-lagu yang popular dan juga lagu terbaru beliau termasuklah lagu Mencari Cinta.

Kepada pembaca yang tidak mengenali Judika, artis versatile ini mula menapak dalam industry muzik dan menempa nama sebagai Runner-up Indonesian Idol musim kedua. Persembahan oleh raja indo pop ini akan menjadi konsert pertama beliau di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tenor kesukaan anda beraksi di bumi Malaysia.

Judika Mencari Cinta Konsert

Judika Jemput Amy Search Jadi Tetamu Istimewa

[dropcap]S[/dropcap]ebagai satu tribute dan memberikan penghargaan kepada lagenda rock terkenal, Amy Search, penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Tersakiti turut menjemput Amy Search sebagai tetamu khas. Pastinya, Budiey dah tak sabar untuk melihat Judika dan Amy Search bergabung di satu pentas.

Menurut Pengarah penganjurnya UCS Clockwork, Syamil Yusof, berkata Judika mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri dan ditambah pula dengan lagu-lagu Judika menjadi siulan peminat muzik di Malaysia. Genre muzik pop rock yang dibawa juga bersesuaian dengan citarasa penggemar muzik sekarang.

“Pihak UCS Clockwork percaya Judika mempunyai peminat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda. Saya percaya, Judika akan memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat dan mampu menarik peminat-peminat mereka berkumpul di bawah satu bumbung iaitu di KL Life centre menyaksikan persembahan mereka.”

Tiket dijual pada harga RM98 bagi aras bawah dan RM168 untuk VIP (aras atas).

Sementara itu, selain konsert solo Judika, UCS Clockwork juga turut menganjur konsert UB40 Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 9 April 2014 dengan harga tiket RM158 (aras bawah) dan RM258 untuk VIP (aras atas).

Kedua-dua tiket konsert boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134.

Tiket juga boleh dibeli di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV2 Siar Siri Penyiasatan Inggeris The Following

yuna

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014