in

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Berita yang tersebar di dalam akhabar utama seluruh Malaysia hari ini menyebarkan khabar buruk di mana polis telah mengesahkan enam maut (tiga lelaki dan tiga wanita) termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan (melebihi dos) hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Jumaat, 15 Mac lalu. Sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

[pullquote]Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan, tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal. Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada awal pagi 15 Mac 2014. Mereka dipercayai membeli dadah jenis syabu dari luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium.[/pullquote]

Budiey kira, kejadian tragis ini memberi kesan dan impak yang besar kepada penganjuran FMFA untuk tahun hadapan. Sudah tiba masanya, pemeriksaan yang ketat di pintu masuk konsert. Sistem tiket dan sistem pemeriksaan perlu melibatkan beberapa badan atau organisasi. Amat sedih apabila yang meninggal dunia adalah bangsa Melayu dan masih lagi remaja. Menurut pakar, apabila mengambil dadah dengan dos yang berlebihan, organ dalaman seperti jantung dan minda akan berubah.

Dipercayai, pemgambilan ini diambil untuk menjadikan remaja ini terus bertenaga, terus menari tanpa letih dan ‘stay awake’. Namun, apabila badan letih, orgran seperti minda dan jantung akan berhenti berfungsi serta merta. Lagi bertambah sedih apabila ramai yang melihat tragedi kecemasan ini berlaku di tengah kekalutan dan kesedihan rakyat Malaysia menghadapi saat genting kehilangan pesawat MH370 yang melanda Malaysia dan mengejutkan seluruh dunia ketika ini.

Sementara itu, di laman sosial pula, Budiey membaca luahan hati pengunjung yang sudah beli tiket tak berpuas hati kerana mereka tidak mengambil dadah terpaksa menanggung kerugian. Rasa marah juga diluahkan kepada pengunjung yang buat onar dan yang mengambil dadah dan beranggapan mereka seperti ini menyusahkan orang lain.

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan ‘Future Music Festival Asia’ yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

“Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai ‘designer drug’ atau dadah sintetik.”

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya. Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.

Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Judika Teruja Mahu Penonton Puas di Konsert Judika Mencari Cinta

Senarai Lagu Show Taeyang G-Dragon Seungri di Fan Meeting Malaysia