in

Judika Guna Khidmat Komposer Beyonce dan Super Junior

Semasa Konsert Era Sayang Sabah hujung minggu lalu, Budiey sempat menemubual penyanyi terkenal dari Indonesia, Judika yang turut hadir untuk menghiburkan orang Sabah buat pertama kali.

Ternyata, Judika rasa terkejut dan happy sangat dengan sambutan yang diberikan di mana seramai 10 ribu orang telah membanjiri ruang legar 1Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu. Judika telah menghiburkan semua yang datang dengan 5 buah lagu termasuklah sebuah lagu Search berjudul Isabella.

Budiey sempat bertanya tentang perkembangan terkini Judika yang kini sedang sibuk menyiapkan album terbaru yang bakal dirilis pada bulan April atau Jun tahun ini. Ternyata kali ini, Judika bekerja keras mencari lagu-lagu yang mantap dan hebat untuk mengubat kerinduan peminat.

Untuk mencari lagu bermutu dan muzik yang lebih mencapai kepuasan, Judika telah menggunakan beberapa orang komposer handalan dari seluruh dunia termasuk komposer yang pernah bekerjasama mencipta lagu untuk Beyonce dan Super Junior. Melopong dan terkesima juga dengan kenyataan Judika ketika itu sebab Budiey rasa mereka tu semua tidak sealiran dengan muzik rock balada pop yang dinuansakan oleh Judika.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Judika sedang merancang untuk mengadakan konsert solo di Malaysia. Tapi sebelum itu, Judika akan memenuhi beberapa undangan termasuklah konsert bersama dengan legenda rock, Amy Search yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut, apa kata tonton video di atas ni. Ayuh!

Untuk menonton persembahan mantap Judika di Konsert Era Sayang Sabah, apa kata ayuh subscribe saluran Youtube Budiey.com: www.youtube.com/budiey27

Budiey

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syura Juara Selebriti Masterchef Duta UNITAR International University

Dakota Fanning & Tom Odell Models Koleksi UNIQLO’s Spring 2014