in , ,

Jual Jazz & Alphard, Kereta Baru Syahmi Sazli Lebih Mengancam & Mantap!

Jika kita peminat drama spontan di YouTube pasti mengetahui berkenaan saluran Youtube milik YouTuber terkenal, Syahmi Sazli.

Baru-baru ini, Syahmi telah tersenarai dalam top 5 Pelakon Lelaki Filem Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-34 dan kejutan itu pastinya membuatkan para peminat YouTuber berkenaan gembira walaupun tidak memenangi trofi.

Dia yang merupakan antara YouTuber paling berpengaruh di Malaysia sememangnya telah berjaya memperolehi hasil kerja kerasnya selama ini dan sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih menerusi platform sosial media.

“Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini,” demikian kongsi YouTuber popular Syahmi Sazli di hantaran video Instagramnya terbaharu.

Dalam video berkenaan, Syahmi akur untuk melepaskan dua buah kenderaan kesayangan yang banyak menyimpan nilai sentimental kepada pemilik baharu.

Malah, kereta jenis Honda Jazz berwarna kuning hitam itu juga antara kenderaan yang menjadi kesayangan dan punyai banyak kenangan buat isteri Syahmi, Nissa.

Bagaimanapun, menerusi sepotong video di TikTok, Syahmi berkongsi pula kenderaan baharu miliknya yang dibeli bagi menggantikan dua buah kereta yang telah dijual itu.

Jual Jazz &Amp; Alphard, Kereta Baru Syahmi Sazli Lebih Mengancam

Lebih mengancam dan seksi, model Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon itu berada di perkarangan kediaman Syahmi ketika ini, menandakan sudah menjadi miliknya.

Dalam video terbabit, Syahmi telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukarkan rim, grill dan head lamp baharu terhadap kenderaan baharu miliknya itu.

Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto berdiri bersebelahan G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif.

“Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula,” tulisnya berseloroh.

Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi.

Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox.

Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiza Frizzy | 18

Dihoskan Oleh Fiza Frizzy, Inspirasi Wanita Berjaya Dalam Trend Hawa

2Bic Solo | 19

Wah! Bukan Hanya Lancar Produk Terbaharu, HONOR Umum ‘Ready to Go Beyond’