in , ,

Dihoskan Oleh Fiza Frizzy, Inspirasi Wanita Berjaya Dalam Trend Hawa

Sesungguhnya kaum wanita harus bijak mengatur kehidupan dan perlu lebih terbuka dalam memilih haluan hidup yang mampu memberi kesan baik pada masa hadapan yang penuh dengan persaingan masa kini.

Pandanglah cita-cita anda dalam pelbagai persepsi, jangan hadkan cita-cita anda pada satu langkah sahaja kerana kita tahu untuk sampai ke puncak tertinggi, kita perlu meredah pelbagai onak dan duri. Lagi tinggi kita mampu pergi, lagi indah pemandangan yang akan kita perolehi.

Kata-kata suntikan semangat ini dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program majalah, “Trend Hawa” yang menampilkan pelbagai kisah kejayaan wanita yang mampu memberikan inspirasi kepada kaum hawa dalam pelbagai bidang dan cabaran.

Menampilkan hos Fiza Frizzy, : program 13 episod ini mula menemui pada 24 November ini, setiap Rabu, pukul 5.30 petang di TV Okey. 

Trend Hawa W Guest_Final-01 (1)

Pengisian setiap episod program ini dibahagikan kepada segmen pertama, ‘Glamniaga’ yang menjurus kepada faktor pemilihan kerjaya iaitu pengaruh baka dan kebolehan individu, persekitaran, pengalaman belajar dan menjalankan tugas. Begitu pun minat seorang itu mempengaruhi kerjayanya kelak. 

Menariknya tetamu berkongsi pengalaman antaranya melibatkan pengalaman pahit dengan pelanggan dan bagaimana mahu mengatasinya. Begitu juga bagaimana seseorang itu memandang positif kepada setiap pesaing mereka.

Menyusul berikutnya, segmen ‘Gaya’ yang menjadi pilihan semua untuk bergaya. Tak sudah sebenarnya untuk berfesyen dan kekal menawan. Namun bagi mengelakkan pembelian pakaian berlebihan dan berlaku pembaziran, apakah tips yang dapat dikongsikan? 

Kemuncaknya dalam segmen ‘Trend Sihat’ pula dibawakan aktiviti senaman yang merupakan perkara penting bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat. Penonton diajak bersama-sama cuba melakukan senaman untuk menentukan siapa yang lebih hebat. 

30 minit yang bermakna setiap siarannya ini mengundang tetamu dalam kalangan wajah-wajah ceria Dr. Azura, Dr. Sophia, Puan Asmah, Puan Fiza, Puan Laili, Puan Liyana, Puan Norasyikin, Puan Noreen, Puan Rosnita, Puan Sinar, Puan Sue Salleh, Puan Suziani dan Puan Zurida.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin

Video Aksi Panas Zul Ariffin & Siti Hariesa Telah Dipadam 

Syahmi Sazli 2020 | 18

Jual Jazz & Alphard, Kereta Baru Syahmi Sazli Lebih Mengancam & Mantap!