in , ,

Wah! Bukan Hanya Lancar Produk Terbaharu, HONOR Umum ‘Ready to Go Beyond’

HONOR mengumumkan ‘Ready to Go Beyond’! Bukan sahaja melancar produk baharu, juga usaha mengukuhkan kedudukan dalam pasaran Malaysia.

HONOR Malaysia baru-baru ini di media sosial mengumumkan pelancaran produk bertemakan “Ready to Go Beyond” pada 29 Mac, jam 8.30 malam. Ini adalah pelancaran pertama HONOR Malaysia bagi tahun 2022. Majlis pelancaran ini akan memperkenalkan siri telefon pintar baharu dan produk ekosistem. Ini akan menandakan peristiwa penting HONOR Malaysia tahun ini.

Sejak HONOR menjari jenama bebas, HONOR 50 yang telah dilancarkan di Malaysia pada 18 Oktober 2021 mendapat pujian serta maklum balas yang memberangsangkan daripada pihak media dan pengguna, malah peminat turut mengalu-alukan kemunculan semula HONOR dalam pasaran Malaysia.

HONOR_Save the Date_KV

Lima bulan berlalu, HONOR kini bersedia untuk memperkenalkan beberapa lagi produk lain. Tema “Ready to Go Beyond” sebagai simbolik kepada wawasan HONOR untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia. Sejak pelancaran HONOR 50, HONOR Malaysia telah melengkapi saluran yang dan rantaian industri berkaitan, mencapai kerjasama yang strategik dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar negara iaitu Digi dan Maxis dengan tawaran dan pakej peranti. Kerjasama lain termasuk rangkaian stor terbesar negara Senheng dan senQ yang menjual produk HONOR di luar dan dalam talian.

Sehingga kini, HONOR membuka 26 kedai HONOR di seluruh negara, lebih 1,000 cawangan menawarkan akses mudah kepada pengguna yang mencari produk HONOR di dalam talian atau luar talian. Dengan kedudukan pusat servis yang terletak di bandar-bandar utama, HONOR bercadang untuk meningkatkan jumlah pusat servis kepada 110% dalam tahun ini bagi memberikan pengalaman perkhidmatan baik kepada pengguna di Malaysia.

HONOR mengesahkan peranti baru akan menampilkan paparan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 66W. Pengumuman rasmi HONOR nanti bakal menjadi tumpuan, disertai maklumat sahih tentang siri produk. Ini mungkin menjadi faktor ‘wow’ tahun ini daripada HONOR Malaysia.

Untuk pengumuman rasmi dari semasa ke semasa, terus bersama kami dengan mengikuti laman web rasmi HONOR dan Facebook HONOR Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jual Jazz & Alphard, Kereta Baru Syahmi Sazli Lebih Mengancam & Mantap!

Live Life to the Fullest with the New HUAWEI nova 9 SE