in , ,

Rambang Mata! JOOX Lancar Pustaka Muzik & Katalog Karaoke K-Pop Terbesar di Asia

JOOX melancarkan Pustaka Muzik dan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia dengan kandungan daripada YG Entertainment, label terkemuka dunia yang membawakan kumpulan popular seperti BLACKPINK, BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER dan ramai lagi

Selepas lebih daripada empat tahun debut mereka, kumpulan gadis terhangat BLACKPINK telah melancarkan album penuh pertama mereka, yang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan daripada peminat mereka. Bagi meraikan populariti BLACKPINK yang semakin meningkat dan juga fenomena K-Pop secara keseluruhannya, JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, menghimpunkan pustaka muzik dan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia dengan penambahan lagu-lagu terbaharu.

Pencinta karaoke dan K-pop di tanah air bukan sahaja dapat menyanyikan lagu-lagu dari album terbaharu Blackpink ‘THE ALBUM tetapi juga dapat menikmati hit artis-artis popular lain di bawah naungan YG Entertainment seperti BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER dan ramai lagi.

Blackpink Special on JOOX

• Album penuh pertama BLACKPINK, ‘THE ALBUM’ dan juga versi karaoke eksklusif boleh didapati di JOOX, khas untuk para peminat yang ingin menyanyi dan menari bersama lagu kegemaran mereka.

Blackpink The Album cover

JOOX sekali lagi membuktikannya sebagai platform pilihan Asia untuk penstriman muzik dan hiburan antarabangsa dan K-Pop, di mana peminat K-pop dapat menikmati lagu-lagu popular dan terkini termasuklah lagu terbaharu Blackpink ‘Love Sick Girl’ ‘Ice Cream’ yang merupakan lagu kolaborasi bersama Selena Gomez, ‘How You Like That’dan termasuklah 8 lagu terbaharu daripada album mereka seperti ‘Playing with Fire, yang turut dimuatkan dalam musim terbaharu permainan PUBG “Spark The Flame”.

Katalog karaoke K-pop terbesar di Asia ini disediakan oleh JOOX kepada para peminat K-pop di Asia terutamanya di Malaysia dengan harapan ianya dapat memberikan kepuasan tersendiri kepada peminat K-Pop. JOOX juga berharap dapat memperluaskan koleksi muzik dan katalog Karaoke dari semasa ke semasa. Pengguna JOOX Karaoke boleh menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan K-pop popular seperti ‘Bang Bang Bang’ BIG BANG; ‘Adore You’ dan ‘LOVE SCENARIO’ iKON; ‘I Love You’ TREASURE dan ‘Million’ Winner;. Lagu-lagu tersebut telah tersedia di kedua-dua pustaka JOOX dan “Quick Sing”. 

Adakah anda salah seorang peminat setia Blackpink? Tunjukkan kepada dunia betapa anda menyukai Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa dengan mendengarkan ‘THE ALBUM di JOOXNantikan lebih banyak senarai lagu K-Pop dibawakan oleh JOOX.

“K-Pop merupakan salah satu fenomena muzik terbesar di dunia dan JOOX akan sentiasa memastikan bahawa peminat K-Pop tidak akan pernah ketinggalan untuk mendengar, menari, dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka melalui Karaoke dan fungsi “Quick Sing”. Penambahan lagu-lagu terbaharu daripada album BLACKPINK dan juga hit popular dari YG Entertainment ke pustaka muzik dan katalog karaoke kami memberikan peluang kepada pengguna setia JOOX untuk mengakses artis-artis K-Pop yang popular dan terhangat. Ianya sekaligus membuktikan komitmen kami untuk memberikan muzik dan hiburan yang terbaik kepada peminat muzik di Asia terutamanya di Malaysia kerana mereka sememangnya layak untuk mendapatkannya,” kata Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.

iKON1

Fitur “Quick Sing” adalah salah satu hiburan untuk menyanyi, menari dan menunjukkan bakat muzik pengguna JOOX kepada dunia. Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka. Raikan muzik Blackpink dan artis YG Entertainment lainnya dan jangan lupa untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua orang dan buktikan kenapa K-Pop berjaya menawan dunia. 

Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu peribadi. Nikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kayda Lancar Single Terbaharu AUTOPILOT Karya Komposer Amerika Syarikat, The Cxdy

Tak Sampai Sehari, Video Muzik SIAPA TAK MAHU Siti Nurhaliza Cecah 500,000 Ribu Tontonan