in , ,

Kayda Lancar Single Terbaharu AUTOPILOT Karya Komposer Amerika Syarikat, The Cxdy

Penyanyi Rap Wanita Tanah Air Terus Membara Dalam Lagu Rap Penuh Mesej Dengan Komposer Daripada Amerika Syarikat, The Cxdy

Kecil-kecil cili padi, siapa sangka penyanyi rap wanita tanah air yang bertubuh genit ini terus-menerus menghasilkan nukilan-nukilan hebat, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih terkenal dengan panggilan Kayda, 29, kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Autopilot’ dengan pendatang baharu dari Amerika Syarikat, Ish, digubah dan dihasilkan oleh Kayda sendiri dengan Ish, serta mendapat kerjasama daripada komposer luar, The Cxdy.

Kayda yang kini sedang giat mempromosikan lagu terbaharu ‘Skills4All’ bersama KRU Music dan Waris, sebuah inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menggalakkan pembelajaran teknikal serta vokasional di kalangan anak-anak muda berkata, 

Kayda

Autopilot menceritakan tentang kisah perjalanan saya dalam bidang muzik, bermula daripada membuat persembahan hip-hop kecil-kecilan sewaktu remaja, kemudiannya memuat naik lagu-lagu ciptaan saya di MySpace dan sentiasa konsisten dalam pembikinan muzik secara terus-menerus. 

Pada suatu hari, saya terus ke studio rakaman, berjumpa rakan-rakan, memilih irama yang sesuai, merakamkan apa yang telah saya coretkan sewaktu di rumah dan ia seakan menjadi. 

Setelah itu, saya didatangi pula oleh seorang rakan yang ingin menaja video muzik dan merasakan keseluruhan projek ini seperti dalam modus Autopilot’.”

– Kayda

Lagu Autopilot yang dirakamkan di Kaya Butter Studio hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk dihasilkan, beliau menerangkan,

 “Sebenarnya lagu dan video muzik Autopilot telah dihasilkan setahun yang lalu pada bulan Julai 2019, akan tetapi pada ketika itu pihak pengurusan bercadang agar ia ditangguhkan terlebih dahulu dan saya percaya pada keputusan mereka.”

– Kayda

“Apa yang saya pelajari adalah percaya pada aturannnya dan setiap perkara pasti terjadi, ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi apa yang patut terjadi akan berlaku pada masanya dan setiap hari ia seakan berada dalam keadaan ‘autopilot’.”

– Kayda

Bagi pendatang baharu Ish yang berdarah kacukan Melayu-Amerika, beliau berkata, 

“Kami bertemu sewaktu berlangsungnya uji bakat 16 Baris musim ke-2, beliau ada memberitahu minatnya untuk mempelajari rap dalam Bahasa Melayu dan saya pula pada ketika itu sedang mencari bakat baru yang ingin diketengahkan dalam lagu terbaharu saya, jadi ia seakan jodoh.

Ish banyak memberi idea yang kreatif dalam penulisan lirik, seorang freestyler yang mahir dan bagi saya salah seorang penyanyi rap terbaik pernah saya temui walaupun usianya masih muda.”

– Kayda

Bagi Kayda, perjalanan muziknya hanya baru bermula, 

“Saya harap pendengar di luar sana dapat memahami mesej yang ingin disampaikan kerana saya ingin menggalakkan sesiapa sahaja untuk terus berusaha dalam hidup, dan saya percaya sekecil mana sesuatu perkara itu, apabila kita toleh ke belakang ianya bakal menjadi besar, oleh itu percaya diri dan teruskan perjuangan.”

– Kayda

Lagu ‘Autopilot’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Joox, Deezer dan Apple Music. Manakala video muzik lagu ‘Autopilot’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran rasmi YouTube Warner Music MY

Kayda

Mengenai Kayda

Kayda merupakan salah seorang penyanyi rap wanita hebat dalam industri Hip Hop dan R&B Malaysia. Dilahirkan pada tahun 1991 di Kuala Lumpur, Malaysia, beliau membesar di dalam keluarga pemuzik kerana ibu dan bapa beliau merupakan komposer dan penyanyi tersohor negara. Kayda mula menulis lagu seawal usia tiga belas tahun dan pernah menyertai beberapa pertunjukkan di waktu usia remaja. Graduan Sarjana Muda dalam bidang Physchology pada tahun 2013 ini mula membina namanya sebagai penyanyi rap dan pernah membuat persembahan di konsert-konsert besar sekitar Malaysia dan Singapura. Selain itu, beliau juga pernah tercalon sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Hip Hop Malaysia pada tahun 2013. Single Inggeris pertama Kayda ‘Down With Me feat. Bem’ pula telah memenangi anugerah Silver di Voice International Awards (VIMA). Kemudian, Kayda pernah berkolaborasi bersama Hunny Madu untuk album ‘Go Hard Or Gostan’ dan tercalon sebagai Artis Kolaborasi/Duo terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016. Pada 2018, beliau melancarkan sebuah album Inggeris ‘Love For No Reason’ yang di terbitkan bersama Emir Hermono, Bem dan Puffietop. Kayda juga pernah terlibat dalam bidang seni lakonan dan diberi kepercayaan untuk mendukungi watak antagonis sebagai ‘Nadine’ di dalam drama bersiri ‘Mr. Grey’ terbitan Astro. Beliau juga terlibat sebagai salah seorang penyanyi rap wanita di konsert 16 Baris, dan pada 2019, Kayda melancarkan ‘Macam-Macam’ sebuah lagu upbeat ciptaan beliau sendiri bersama Luca Sickta dimana Kayda berupaya untuk menyanyi rap dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli Sedia Dikritik, Lakonan Asif & Yoe Dinantikan Peminat

Rambang Mata! JOOX Lancar Pustaka Muzik & Katalog Karaoke K-Pop Terbesar di Asia