in , ,

Tak Sampai Sehari, Video Muzik SIAPA TAK MAHU Siti Nurhaliza Cecah 500,000 Ribu Tontonan

Tahniah buat penyanyi kesayangan negara kerana telah mencipta sejarah tersendiri buat dirinya apabila muzik video terbaharu berjudul ‘Siapa Tak Mahu’ mencapai 300 ribu tontonan dalam tempoh 13 jam dilancarkan di laman Youtube.

Malah, video tersebut mendapat komen yang sangat positif apabila lebih 5,000 komen pendengar yang mengatakan betapa menariknya idea dan jalan cerita muzik video ini lebih – lebih lagi ditambah dengan kehadiran Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Untuk video muzik ini, Tokti mengakui sanggup menjadi pengintip untuk memerhatikan gerak geri pelakon kacak Hun Haqeem dan aktres Mira Filzah.

Tambah Siti lagi, dia turut mengenakan beberapa persalinan busana untuk mengekori Hun dan Mira yang ditampilkan khas dalam video muzik rasmi Siapa Tak Mahu.

“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana saya menjadi spy atau perisik dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem.

“Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter,”

– – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Penerima Anugerah Emas menerusi album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ yang mencatat jualan sebanyak 5,000 unit itu juga berharap agar video muzik Siapa Tak Mahu dapat meneruskan promosi lagu tersebut.

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan”, ujarnya.

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Video muzik lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna itu bakal dilancarkan pada malam ini,  jam 9 malam di saluran YouTube Siti Nurhaliza.

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rambang Mata! JOOX Lancar Pustaka Muzik & Katalog Karaoke K-Pop Terbesar di Asia

Dulu Goyang Upin & Ipin Kini Dah Jadi GOYANG SAMA-SAMA Tyka!