in

Jom Undi Calon Pilihan Anda Anugerah Blockbuster 2011

JOM UNDI CALON PILIHAN ANDA ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011

Budiey rasa lah kan, tak pernah ada lagi satu anugerah filem pun kat Malaysia ni yang memberi kuasa mutlak kepada orang ramai atau peminat filem tempatan untuk menjadi juri. Rata-rata semua anugerah dipilih oleh juri profesional yang tahu tentang filem.

Namun, bila dah ada Anugerah Blockbuster  yang baru dilancarkan bulan Julai lalu, ini dah kira bagus la. Budiey rasa ia bagus untuk industri filem kita yang makin suram dan bagus juga untuk artis atau pelakon atau orang belakang tabir filem  tu sendiri. Pendek kata, ianya dapat memeriahkan industri hiburan di Malaysia ni. Ye tak?

Anugerah Blockbuster

Bagus juga untuk peminat-peminat yang selalu tak puas hati bila ada filem mereka tak menang dalam anugerah filem yang dipilih oleh juri profesional.

Sekurang-kurangnya, Anugerah Blockbuster ni tak kurang hebat dengan anugerah filem di Hollywood. Ini mengingatkan Budiey dengan anugerah MTV Movie Awards dan beberapa anugerah lain kat sana. Bila duk bayangkan, macamanalah suasana kemeriahan anugerah ini dianjurkan untuk pertama kali di stadium seluas itu, pasti gempak, kan?

Syabas buat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Astro sebab merancang semua ni untuk direalisasikan pada 6 Oktober 2012 di Stadium Melawati, Kuala Lumpur nanti.

Sekarang ini, anda dah boleh mengundi filem pilihan anda yang bermula pada 3 September hingga 18 September.

ANUGERAH BLOCKBUSTER

Untuk mengundi, anda perlu melayari www.anugerahblockbuster.com.my

Apa yang anda perlu buat untuk mengundi calon-calon pilihan ialah dengan mendaftar dengan login Facebook anda. Senang la kan?

Anda dibenarkan mengundi hanya satu undian untuk satu hari bagi setiap kategori. Bermakna, tak boleh nak undi atau pangkah banyak kali dalam sehari. Kalau nak undi lagi, bolehlah undi esok hari.

Sebanyak 10 pencalonan berdasarkan undian paling banyak dari undian secara online daripada setiap kategori akan dipilih untuk fasa kedua.

Fasa kedua ini akan berlangsung dari 19 Sept – 6 Okt 2012 sampai pukul 6 petang dan anda boleh mengundi samada secara online ataupun SMS(setiap SMS akan dicas RM0.50). Keputusan berdasarkan 50% undian SMS and 50% undian online.

anugerah blockbuster

Budiey rasa anugerah bagus sebab sekurangnya kita tahu filem mana yang tak dapat kutipan tinggi tapi popular dan digemari oleh penonton.

Seperti yang Budiey katakan tadi, Anugerah Blockbuster ini memberi peluang kepada peminat sendiri untuk menilai kredibiliti serta kreativiti penggiat seni terhadap karya masing-masing serta menobatkan mereka yang benar-benar layak merangkul anugerah yang dipertandingkan.

Filem yang layak bertanding adalah filem yang ditayangkan di pawagam dalam tempoh bermula daripada 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.

Tarikh tutup menghantar pencalonan adalah pada 20 Julai lalu.

Sementara itu, sebanyak 42 buah filem yang diterbitkan sepanjang 1 Januari hingga 31 Disember 2011 layak untuk dipertandingkan di dalam anugerah ini.

Antaranya, termasuklah Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu, Songlap dan banyak lagi.

Apapun, sesuatu kejutan akan berlaku sekiranya peminat bijak menilai.

Berikut adalah 13 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3. Anugerah Direktor Baru TerHebat.

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6. Anugerah Filem Takut Terhebat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat

8. Anugerah Hero Terhebat

9. Anugerah Heroin Terhebat

10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat

11.Anugerah Lagu Filem Terhebat

12.Anugerah Hero Baru terHebat

13.Anugerah Heroin Baru terHebat

Sekarang terserah pada anda untuk memilih pemenang.

Jom pilih calon kegemaran anda sekarang, layari: www.anugerahblockbuster.com.my

 

======

Anugerah Filem Terhebat

Misteri Jalan Lama
Seru
Cun
Tolong Awek Aku Pontianak
Ratu The Movie
Dilarang Masuk
Kl Gangster
Khurafat
Aku Bukan Tomboy
Ombak Rindu
Klip 3Gp
Songlap
Penunggu Istana
Nur Kasih The Movie
Raya Tak Jadi
Rasuk
Hantu Bonceng
Senjakala
Sini Ada Hantu
Suatu Malam Kubur Berasap)
Datin Ghairah
Karipap-Karipap Cinta
Flat 3A
Sekali Lagi
Kembar Siang
Senario The Movie Ops Pocot
Bini-Bini Ku Gangster
Kongsi
3,2,1 Cinta
Papa I Love You
Alamak Toyol
Karak
Hikayat Merong Mahawangsa
Apa Tengok-Tengok
Sumpahan Puaka

Anugerah Tuan Direktor Terhebat

Afdlin Shauki – Misteri Jalan Lama
Prof Madya Abd Razak Mohaideen – Ratu The Movie/ Raya Tak Jadi
Syamsul Yusof – Kl Gangster / Khurafat / Aku Bukan Tomboy
Pierre Andre & Woo Ming Jin – Seru
Osman Ali – Ombak Rindu/ Cun
Aidilfitri Mohamed Yunos – Klip 3Gp
Baldev Singh – Rasuk
Ahmad Idham Ahmad Nadzri – Hantu Bonceng / Senjakala
Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak – Songlap

Wan Hasliza – Penunggu Istana

Fracis Foo, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie)

James Lee – Tolong Awek Aku Pontianak/ Sini Ada Hantu)

Ernie Chen – Suatu Malam Kubur Berasap

Sabree Fadzil – Datin Ghairah

Othman Hafsham – Karipap-Karipap Cinta

Azahari Zain – Flat 3A

Hashim Rejab – Sekali Lagi/ Papa I Love You

Hatta Azad Khan – Kembar Siang

Ismail Bob Hashim – Senario The Movie Ops Pocot/ Bini-Bini Ku Gangster/ Alamak Toyol

Farid Kamil – Kongsi

Azhari Zain – 3,2,1 Cinta

Yusry Abdul Halim – Karak/ Hikayat Merong Mahawangsa

Roy Krishnan – Apa Tengok-Tengok

Anugerah Pengarah Baru Terhebat

Jeffrey Chiang – Di Larang Masuk

Woo Ming Jin – Seru

Ernie Chen – Suatu Malam Kubur Berasap

Sabree Fadzil – Datin Ghairah

Anugerah Filem Aksi Terhebat
Klip 3Gp
Songlap
Senario The Movie Ops Pocot
Kongsi
Karak
Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Filem Kelakar Terhebat
Hantu Bonceng
Suatu Malam Kubur Berasap
Raya Tak Jadi
Aku Bukan Tomboy
Karipap-Karipap Cinta
Sekali Lagi
Kembar Siang
Senario The Movie Ops Pocot
Bini-Bini Ku Gangster
Alamak Toyol

Anugerah Filem Takut Terhebat
Di Larang Masuk
Seru
Rasuk
Penunggu Istana
Senjakala
Sini Ada Hantu
Khurafat
Suatu Malam Kubur Berasap
Flat 3A

Anugerah Drama Muzikal Terhebat
Nur Kasih The Movie
Sekali Lagi
3,2,1 Cinta
Papa I Love You
Apa Tengok-Tengok

Anugerah Hero Terhebat
Hans Isaac & Que Haidar – Misteri Jalan Lama)

Muniff Isa – Di Larang Masuk

Aaron Aziz – Kl Gangster/ Ombak Rindu/ Datin Ghairah

Sharnaaz Ahmad – Seru

Zahiril Adzim – Klip 3Gp/ Tolong Awek Aku Pontianak/ Senjakala

Iqram Dinzly – Rasuk

Zizan Razak – Hantu Bonceng

Shaheizy Sam – Songlap/ Aku Bukan Tomboy/ Sekali Lagi/ Bini-Bini Ku Gangster/ Kongsi

Shafie Naswip – Songlap

Amar Asyraf Zailuddin – Penunggu Istana

Remy Ishak – Nur Kasih The Movie/ Cun

Alvin Wong & Baki Zainal – Sini Ada Hantu

Syamsul Yusof – Khurafat

Angah Raja Lawak – Suatu Malam Kubur Berasap

Johan Raja Lawak – Raya Tak Jadi

Yank Kasim – Datin Ghairah

Gambit Saifullah – Karipap-Karipap Cinta)

Kamal Adli – Kembar Siang

Mazlan Ahmad – Senario The Movie Ops Pocot

Farid Kamil – 3,2,1 Cinta

Zalif Sidek – Papa I Love You

Along Cham – Alamak Toyol

Shahir – Karak

Stephen Rahman Hughes – Hikayat Merong Mahawangsa

Chomatt Samad – Apa Tengok-Tengok

Anugerah Heroin Terhebat
Vanidah Imran – Misteri Jalan Lama

Shiqin Kamal – Di Larang Masuk

Nisha Dirr – Seru

Maya Karin – Ombak Rindu / Cun

Mimie One Nation Emcee – Klip 3Gp)

Fouziah Ghous – Rasuk

Juliana Evans – Hantu Bonceng

Sara Ali – Songlap/ Penunggu Istana

Tiz Zaqyah – Nur Kasih The Movie

Sazzy Falak – Tolong Awek Aku Pontianak

Liyana Jasmay – Senjakala/ Khurafat

Fasha Sandha – Sini Ada Hantu

Eira Syazira – Sini Ada Hantu

Wan Sharmilla – Raya Tak Jadi

Scha Al Yahya – Aku Bukan Tomboy

Sheera Iskandar & Maria Farida – Datin Ghairah

Melia Aimelia – Karipap-Karipap Cinta

Intan Ladyana – Flat 3A/ Kembar Siang)

Lisa Surihani – Sekali Lagi/ Papa I Love You

Diana Amir – Senario The Movie Ops Pocot/ 3,2,1 Cinta

Yana Samsudin – Bini-Bini Ku Gangster

Shera Aiyob – Karak

Umi Nazeera – Hikayat Merong Mahawangsa)

Grace Adrian – Apa Tengok-Tengok)

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Review Swiss-Belinn Ska Pekanbaru

Deanna Hussin Artis Baru NAR Records