in

Deanna Hussin Artis Baru NAR Records

Deanna Hussin Artis Baru NAR Records

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif dan Kumpulan Iamneeta melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd, kini satu lagi bakat baru telah dikesan bakatnya juga melalui youtube.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Deanna Hussin yang kini dah jadi Artis Baru NAR Records. Semoga terus sukses.

Deanna Hussin

Baru-baru ini, Deanna Hussin telah dilamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu.Dalam usia 16 tahun bakat Deanna bertuah dapat bernaung bersama-sama artis2 NAR Records Sdn Bhd yang lain seperti Najwa Latif dan iamneeta.

Bakat Deanna juga dikesan melalui laman sosial youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR. Deanna yang berasal dari Pulau Pinang ini juga berbakat dalam penulisan lagu dan mendapat pendedahan awal muzik seawal umur 10 tahun.

Satu kelebihan Deanna ialah kelebihannya mencipta lagu dalam bahasa inggeris menjadikan ia berbeza dengan artis-artis NAR yang lain.Di Harap Deanna dapat diberikan peluang sewajarnya oleh peminat dan media Malaysia.Berikut Laman Sosial Deanna:

Facebook Fanpages: Deanna Hussin
Twitter : @DeannaHussin
youtube : www.youtube.com/DeannaHussin

Deanna Hussin

Deanna Hussin

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists,Siti Sarah,Farah Dhiya,Jin Bara,Deja Moss dan ramai lagi.Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris, Najwa Latif.iamneeta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Undi Calon Pilihan Anda Anugerah Blockbuster 2011