in , , ,

Joe Flizzow Kembali dengan Single Terbaharu Berjudul CIAO Menampilkan MK & Jay Park

“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one”- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan.

Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” – Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita.

JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO

“CIAO” mengingatkan kita kepada sifat seorang raja. Kepintaran dan karisma yang sama adalah darah dan baja hip-hop. Tetapi seseorang yang mahir dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa, dia akan dapat mempertingkatkan hasil kerjanya. Diiringi rentak ciptaan ALYPH yang berdegup rancak, gelap tetapi sedap didengar disertai alunan puisi dari Joe amat memukau dan hebat.

“Selamat petang kepada yang datang / No syarahan ini cuma hanya pesanan / Ucapan pengerusi kejohanan / Latihan buku teks ku sekolahkan”, adalah kata pembuka lagu itu, yang tidak hanya mendahului kekuatan autoritatif kata-kata Joe tetapi satu fakta bahawa pengalaman ini akan menjadi sangat berbeza berbanding apa yang biasa anda lalui.

“Seperti haiku, saya ingin menyampaikan sebanyak yang mungkin dengan mengatakan paling sedikit yang mungkin”, Joe menjelaskan tentang pendekatannya terhadap lirik “CIAO”. Dan kekuatan diksi yang menghiasi keseluruhan lagu menjayakan misi tersebut. Peristiwa penting  yang sewajarnya diketahui disampaikan dengan kata-kata yang pasti tidak akan dilupakan:

“Buku sejarah tebal sekarang / Kita yang karang, menang perang”. Sejarah diceritakan oleh pemenang, dan ketika buku-buku itu menebal dengan kisah mereka, demikian juga dengan keteguhan semangat dan kekuatan tekad mereka. Hadiah terbesar Joe dalam lagu ini adalah dia mencipta kemenangan – apa jua bentuk kemenangan atas segala jenis kesulitan – yang sangat bermakna. Dalam dunianya, kita harus sentiasa berfikiran jauh ke hadapan.

Dan ketika kita berasa gembira meninggalkan tahun 2020, begitu juga kita harus menyambut kedatangan tahun 2021 dengan semangat yang tinggi: “Tas zass ciao ciao ciao“.

JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO
MK

Dengan adanya MK dan Jay Park menjadikan “CIAO” sebagai pertemuan antara minda-minda hip-hop yang hebat, memberi penghormatan kepada beberapa artis rap terbaik dan terkenal. Seperti yang dikatakan oleh Joe, “Lagu ini sudah bagus tetapi bagaimana untuk kita menambah kepanasan?”

Dengan cara masing-masing, MK dan Jay Park memarakkan api dengan mudah, dan menyambut seruan Joe. Jay Park, khususnya, menjelaskan hal ini dengan jelas: “Joe Flizz, tell the kids / We turn passion into a biz” (Joe Flizz beritahu anak-anak) / Kami mengubah minat menjadi perniagaan).

JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO
Jay Park

Menemani single ini adalah video muzik yang bakal menarik perhatian diarahkan oleh ikon pakaian lelaki dan jurugaya Shahrin Bahar, di mana karya ini merupakan debut sutradara beliau.

Menterjemahkan mesej lagu dengan tepat, bahasa visual dalam video ini  yang digambarkan dengan sempurna dapat membuat anda merasa seolah-olah mampu menjangkau bintang.

Ketika Lamborghini berderu sambil diapit oleh beberapa model terkenal di Malaysia, Joe, MK dan Jay Park menggegarkan dunia dengan cara angkuh kosmik mereka. Lagu yang luar biasa memerlukan video yang luar biasa – dan inilah dia. Tahap penyuntingan hebat yang merangkumi setiap perincian.

Kita pasti pernah mendengar mutiara kata ini: Apabila berdepan dengan kesukaran hidup ataupun masa yang sukar, seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani.. Tapi melalui “CIAO”, Joe mengajak kita untuk menikmati kehidupan. Dan adalah mustahil untuk menolak pelawaan itu.

“CIAO” kini boleh didapati di semua platform striminghttps://DefJamMY.Ink.to/CIAO

JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO

TENTANG JOE FLIZZOW

Setelah beberapa tahun dari awal pembabitannya sebagai salah seorang ahli kumpulan duo rap Too Phat, “Budak Baek” ini telah membina namanya menjadi artis hip-hop yang paling berpengaruh di negara ini. Dengan dua album solo menduduki tangga teratas carta – President (2010) dan Havoc (2013) – Joe Flizzow benar-benar mengubah permainan ketika single terakhirnya, ‘Apa Khabar’ menjadi trek hip-hop pertama yang berjaya memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL). Pada tahun 2018, pengarah urusan Def Jam South East Asia ini melakar sejarah sekali lagi dengan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi ‘Best Southeast Asia Act’ di MTV European Music Awards (MTV EMA). Diberi gelaran “Presiden” hip-hop Malaysia, Joe Flizzow telah membawa dunia muzik tempatan ke tahap baru dengan mencipta dan mempersembahkan 16 Baris, sebuah rancangan ‘rap cypher’ yang mencungkil bakat baru hip-hop bukan sahaja dari Asia Tenggara malah dari seluruh dunia.

JoeFlizzow FT MK & Jay Park "CIAO

TENTANG DEF JAM RECORDINGS SOUTH EAST ASIA

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budayanya bersesuaian dengan konteks tempatan, namun syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita  turut sama beraksi.

Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), Yonnyboii (MY), SYA (MY), DABOYWAY (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALYPH (SG), ABANGSAPAU (SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG).

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Peluk Erat Wanita Buat Ramai Gadis Patah Hati dengan MK K-Clique

Kurang Manis Topik Rahim Menjadi ‘Bahan’, Drama RAHIMAH TANPA RAHIM Diperkatakan Netizen