in , ,

Kurang Manis Topik Rahim Menjadi ‘Bahan’, Drama RAHIMAH TANPA RAHIM Diperkatakan Netizen

Belum menemui penonton, drama terbitan Country Universal, Rahimah Tanpa Rahim yang mula mengisi slot Akasia di TV3, malam ini, tular.

Mengapa tidak, judulnya yang ‘catchy’ pantas dikongsi netizen, malah menjadi bualan dan bahan jenaka dalam laman sosial.

Dianggap kurang manis, topik mengenai rahim menjadi ‘bahan’ atau subjek sembang netizen, hingga menimbulkan rasa kurang senang kaum wanita.

Diarah Eoon Shuhaini, penerbit drama Rahimah Tanpa Rahim, Jalena Rejab berpendirian isu membabitkan rahim tidak wajar dijadikan modal lawak atau kecaman.

Official poster Rahimah Tanpa Rahim

Netizen boleh komen dan kritik kerana mereka tidak tahu apa-apa mengenai drama itu. Namun, sedih apabila dalam kalangan orang industri yang bijak pandai memperlekehkan judul itu tanpa menontonnya.

“Sekalipun ada yang beranggapan ini semua promosi awal untuk drama ini, saya harap pemahaman terhadap isu yang dipersendakan akan jelas selepas karya ini disiarkan,”

– Jalena Rejab

Jalena berkata, barangkali ada pihak tidak tahu ada wanita dilahirkan tanpa rahim atau mengalami sindrom Mayor Rokintansky Kuster Hauser (MRKH).

Tambahnya, Rahimah Tanpa Rahim bukan diadaptasikan daripada novel, sebaliknya, bersandarkan idea asal.

“Judul drama ini adalah berkisar seorang wanita lakonan Puteri Aishah yang dilahirkan tanpa rahim. Namun, apa yang dipersembahkan dalam drama ini ini bukannya 100 peratus masalah rahim.

“Drama ini merentap emosi penonton dengan masalah keluarga dan cinta yang dilalui karakter utama. Jadi, kisah membabitkan masalah rahim sekadar subplot kepada jalan cerita drama ini,”

– Jalena Rejab

Jalena yang mula aktif dalam dunia penerbitan drama sejak 2002 bagaimanapun bersyukur dengan tumpuan ramai di sebalik kontroversi tercetus.

Hatinya lega apabila ada pihak memahami penceritaan yang dipersembahkan dalam Rahimah Tanpa Rahim.

“Kisah wanita yang dilahirkan tanpa rahim berlaku dalam alam realiti. Saya ambil kira-kira 30 peratus kisah wanita yang mengalami sindrom MRKH termasuk maklumat daripada persatuan berkaitan,”

– Jalena Rejab

Mengulas mengenai tajuk drama berkenaan, Jalena berkata: “Ini memang tajuk asal. Pada awalnya, ada ura-ura hendak menukar judul. Namun, saya pertahankan kerana tajuk itu unik.

“Apabila drama ini disiarkan, biarlah penonton fikir sendiri apa sebenarnya yang berlaku kepada Rahimah,”

– Jalena Rejab

Selain Puteri Aishah, drama Rahimah Tanpa Rahim menampilkan Azlee Khairi, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Ezzaty Abdullah. Slot Akasia menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 7 malam.

*Sumber: BH Online

CKP07063ps

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Joe Flizzow Kembali dengan Single Terbaharu Berjudul CIAO Menampilkan MK & Jay Park

Aisha Retno Cabar Diri Selami Perasaan Sedih dalam Single CINTA DENGANMU