in ,

Video Peluk Erat Wanita Buat Ramai Gadis Patah Hati dengan MK K-Clique

Setelah setahun namanya dikenali ramai dalam industri muzik, anggota kumpulan hip-hop K-Clique iaitu MK terus meraih perhatian rakyat Malaysia dan menjadi pujaan ramai gadis dari semua peringkat usia.

Padanlah dengan kehebatan rap dan memiliki fizikal tinggi lampai, sudah tentu ramai gadis meminati dan menyukai penyanyi berusia 25 tahun itu.

Lebih-lebih lagi, pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan itu rajin payung ‘pickupline’ kepada peminat sehingga membuat mereka ‘cair’ dengan ayat-ayat manisnya.

Baru-baru ini, seperti biasa MK ada memuat naik sebuah posting dalam bentuk video di laman Instagram miliknya, @hairiwhuut.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, dalam video tersebut dia dilihat berpelukan erat dengan seorang wanita.

Sabar dulu wahai para gadis sekalian, jangan menangis, jangan kecewa dan jangan pula ada yang pergi dengar dan nyanyi lagu ‘Hatiku parah, parah, parah’ berulang kali.

Siapa wanita tu? Setelah disiasat dengan lebih lanjut, rupa-rupanya gadis dalam video berkenaan adalah kakak kepada MK sendiri.

Fuh! Hampir tercabut jantung, kan?

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat MK terkejut melihat video terbabit. Namun, mereka tidak jadi untuk patah hati apabila MK mendedahkan perkara sebenar di penghujung video. Lega.

Alahai, sempat lagi ya MK mengusik peminat. Jangan buat hal… Nanti ada yang menangis tak berlagu berhari-hari, mandi tak basah, makan tak kenyang asyik teringatkan MK.

Video Peluk Erat Wanita Buat Ramai Gadis Patah Hati dengan MK K-Clique
Video Peluk Erat Wanita Buat Ramai Gadis Patah Hati dengan MK K-Clique

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan penyanyi berasal dari Tawau itu menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis bertudung namun dia menafikan khabar angin tersebut.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Layla Sania Muncul Dengan Single Pertamanya Berjudul BY YOUR SIDE di Dalam Bahasa Mandarin

Joe Flizzow Kembali dengan Single Terbaharu Berjudul CIAO Menampilkan MK & Jay Park