in , ,

Joe Aziz Terkilan Pengacara MeleTop Seakan Menghalau

Tindakan pengacara MeleTop, Nabil Ahmad dan Neelofa yang seakan-akan menghalau pelawak Joe Aziz ketika program sedang berlangsung pada Selasa lalu menerima pelbagai reaksi netizen.

Pada yang terlepas untuk episod kali ini, MeleTop telah menjemput Joe Aziz yang dikatakan mempunyai wajah yang agak mirip dengan penyanyi Faizal Tahir. (Joe Aziz ya, bukan Jue Aziz). Sebab ramai yang belum kenal Joe ni.

Sebelum ini, Joe Aziz juga pernah muncul dalam sebuah Parodi Meletop MV Ragaman yang manjadi tular seantero Malaya.

Kehadiran Joe Aziz sebenarnya sekadar gimik sebelum munculnya Faizal untuk berkongsi kejayaan single terbarunya berjudul Ragaman.

Rata-rata mereka kurang senang dengan cara layanan dua pengacara Meletop. Nabil dan Neelofa dianggap tak menghormati tetamu.

Joe Aziz Seiras Dengan Faizal Tahir Terkilan

Menurut Joe atau Aziz Ismail, 34, dia berasa terkilan dengan cara dan layanan yang diberikan kerana beranggapan ada cara lebih baik untuk memintanya beredar dari segmen itu.

“Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa.

“Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu.

“Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar,”

Tindakan Neelofa dan Nabil seakan menghalau Joe ketika program sedang berlangsung menerima kecaman.

Pelawak yang lahir daripada program realiti Lawak King itu dijemput pihak produksi program tersebut disebabkan memiliki wajah seperti penyanyi Faizal Tahir.

Joe dikatakan mempunyai wajah seiras Faizal Tahir.

Kata Joe, pada awalnya pihak produksi memberitahu dia untuk hadir pada malam itu sebagai kejutan pada Faizal Tahir namun di saat-saat akhir berlaku perubahan.

“Saya memahami situasi ketika itu Nabil dan Neelofa tidak tahu mengenai kehadiran saya untuk memberi kejutan kepada mereka. Memang kecil hati, tapi saya sudah maafkan.”

Menerusi program tersebut, Joe muncul menjadi Faizal Tahir dalam segmen MeleTop menyebabkan dua pengacara itu terkejut melihat kehadirannya.

Apabila penyanyi lagu Gemuruh itu muncul, Nabil dan Neelofa meminta Joe untuk beredar daripada program itu secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua.

“Pada mulanya, saya diminta hadir pada malam itu untuk beri kejutan pada Faizal Tahir tapi tiba-tiba pihak produksi buat perubahan, kejutan itu bertukar untuk pengacara pula.

“Sepatutnya, pihak produksi kena beritahu awal perkara itu supaya tidak ada berlakunya situasi sebegitu.”

Sebelum itu Joe pernah meniru gaya parodi dalam segmen MeleTop bersama pengacara Jihan Muse menerusi lagu Ragaman.

Dalam laporan mStar Online pada 3 Ogos 2017, Joe pernah mendedahkan ramai orang salah faham dengan wajahnya yang seiras Faizal Tahir.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azharina Lancar Single Terbaru LAKAR JANJI 

Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa di Maldives