in ,

Azharina Lancar Single Terbaru LAKAR JANJI 

Single terbaharu penyanyi Azharina Azhar telah diperdengarkan di sebuah majlis pelancaran media yang diadakan di restoren Narenj di Sunway Putra Mall.

Lagu berjudul Lakar Janji adalah ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment merupakan kolaborasi sulong antara penyanyi ini dengan syarikatnya.’

AZHARINA AZHAR

Pada majlis pelancaran itu, Azharina telah mempertontonkan video muzik lagu baharu itu yang turut diterbitkan oleh Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment dan dibantu oleh Leroy Crew Productions.

Menurut komposer lagu, Dr. Irma, yang juga komposer single Ferhad, Definasi Cinta yang diterbitkan awal tahun ini, kekuatan vokal Azharina dalam penyampaian lagu-lagu berentak balada merupakan antara faktor utama Azharina dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

Gandingan sentuhan magis Dr. Irma dan kemantapan vokal Azharina diharap dapat menjadikan lagu ini sebuah naskah hit yang dinantikan selepas ‘Rawan’ dan ‘Elegi Sepi’.

Azharina mengakui melodi lagu Lakar Janji amat mencabar kemantapan vokalnya di samping lirik yang memerlukannya untuk menjiwai setiap bait lirik bagi memastikan penyampaiannya menyentuh perasaan pendengar-pendengar.

Tambah Azharina lagi, Lakar Janji adalah hadiah khas buat peminat-peminatnya sebagai meraikan kehadiran Azharina di dalam industri seni yang menjangkau dua dekad.

Bermula pada 1 November 2018 ini Lakar Janji akan mula diputarkan menerusi corong stesen-stesen radio tempatan serta boleh distrim dan dimuatturun menerusi platform digital seperti iTunes, Spotify, Apple Music dan lain-lain.

Di samping boleh dijadikan nada dering peribadi. Kedua-dua Azharina dan Dr. Irma berharap Lakar Janji akan mendapat sokongan daripada rakan-rakan media dan diterima baik oleh peminat-peminat setia Azharina.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani Nafi Tarik Diri dari GEGAR VAGANZA 5

Joe Aziz Terkilan Pengacara MeleTop Seakan Menghalau