in , ,

Nazeera Sardi & Mustaqim Bahadon dalam Telefilem SEBALIK HATI

Telefilem arahan Hashim Rejab bertajuk “Sebalik Hati” bakal menemui penonton pada 28 September ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Jodoh tak pernah salah alamat. Pertemuan antara Nazeera Sardi dengan Mustaqim Bahadon sememangnya tidak dirancang dan di luar jangka bila kedua-duanya merahsiakan rasa cinta di hati masing-masing. Namun setelah hampir kehilangan antara satu sama lain, baru keduanya tersedar dan meruntuhkan ego masing-masing.

Begitu pun realitinya hanya berlaku dalam telefilem arahan dibintangi mereka arahan Hashim Rejab bertajuk “Sebalik Hati” yang menemui penonton pada 28 September ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Jodoh Nazeera Sardi & Mustaqim Bahadon dalam Telefilem SEBALIK HATI

Turut dibintani oleh Shiqin Kamal, Mahmud Ali Bashah, Nadia Kesuma, Nur Atika dan Rahim Jailani, ia mengisahkan tentang gadis bernama Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam.

Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya.

Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam.

Jodoh Nazeera Sardi & Mustaqim Bahadon dalam Telefilem SEBALIK HATI

Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat.

Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan mengikat tali pertunangan dengan Nurazlina. Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya. Lalu apakah kesudahan telefilem ini? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Tunjuk Video Suami Isi Masa Dengan Muhammad Bilal

HARITH ISKANDER DR JEZAMINE

Harith Iskander & Dr Jezamine Lancar Siri AEMIS, Bantu Tangani Tekanan