in , ,

Neelofa Tunjuk Video Suami Isi Masa Dengan Muhammad Bilal

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi foto suami, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang bergurau senda dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.

Video pendek itu dikongsikan pemenang Dewi Remaja 2010 menerusi Insta Stories, pada Rabu.

Malah, ia turut dikongsikan Neelofa di dalam TikTok dan setakat ini, video berkenaan menerima lebih 100,000 tanda suka selain ditonton jutaan kali.

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dgn keluarga, travel & of cos berniaga,”

– Neelofa

Bagaimanapun, akses ruangan komen tidak dibuka oleh belas hos program MeleTOP ini

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu. 

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.

Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Bilal, namun Neelofa memilih untuk menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial sebelum ini.

Malah sebab dia mengambil keputusan sedemikian juga telah diperjelaskan sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sukses Di Indonesia, Filem Mencuri Raden Saleh Bakal Temui Penonton Malaysia

Nazeera Sardi & Mustaqim Bahadon dalam Telefilem SEBALIK HATI