in , ,

Harith Iskander & Dr Jezamine Lancar Siri AEMIS, Bantu Tangani Tekanan

Tahniah buat pasangan suami isteri, pelawak terkenal Harith Iskander dan isterinya Dr Jezamine yang telah melancarkan siri AEMIS secara rasmi. Ikuti sekitar pelancaran dan temubual bersama dengan media!

Pemegang gelaran “The World’s Funniest Man” 2016, Harith Iskander dan isterinya Dr Jezamine telah melancarkan siri AEMIS secara rasmi dalam sebuah majlis eksklusif tertutup di Bangsar. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

Siri AEMIS yang diasaskan bersama oleh pasangan ini dibangunkan dengan tujuan untuk membantu mereka yang ingin mencapai keseimbangan kerjaya dan kesihatan dalam kehidupan. 

Sehingga majlis pelancaran ini, siri AEMIS telah pun berjaya mengeluarkan 2 produk iaitu Relazz dan Probiome. Relazz adalah minuman berfungsi yang dapat membantu kualiti tidur, sementara Probiome pula untuk meningkatkan kesihatan penghadaman. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

“Ini merupakan satu perkara yang membimbangkan apabila ramai di antara kita sekarang yang menerima tekanan sebagai lumrah kehidupan sehingga berada di satu tahap di mana mereka mengabaikannya. Sebagai seseorang yang menjadikan kerjaya sebagai platform untuk membantu mereka yang terkesan dalam mengurangkan tekanan mereka, pelbagai cara yang saya dekati untuk membantu dalam hal ini,” kata Harith kepada tetamunya. 

Beliau turut menekankan kepentingan tidur yang berkualiti dalam mengurangkan tekanan. 

“Selain melihat rancangan saya, tidur juga cara yang terbaik untuk menghindari tekanan,” seloroh Harith. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

Tambahnya lagi, tidur yang berkualiti bukan sahaja dapat merehatkan serta memulihkan tubuh badan, malah memberi peluang untuk minda diset semula setelah penat bekerja seharian. 

Menurut Dr Jezamine yang merupakan lulusan ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan tisu dan sel stem, tabiat pemakanan seseorang sama pentingnya dengan kesejahteraan hidup mereka. 

“Perut bertindak sebagai minda sekunder dan keadaan mental seharian kita bergantung kepada keadaan perut kita. Oleh itu, diet yang seimbang turut dapat menyeimbangkan emosi kita”. 

Beliau kemudiannya menambah bahawa pemakanan kita akan mempengaruhi imuniti, pertumbuhan dan metabolisme diri dan disebabkan itu Dr Jezamine sangat menitikberatkan diet yang dirancang rapi untuk dirinya serta keluarga. 

Selain Dr Jezamine, turut bersama-sama menjayakan formulasi bagi produk dalam siri AEMIS adalah panel yang terdiri daripada pakar pemakanan, penjagaan kesihatan dan perubatan. Dr Jezamine berkata ianya penting mempunyai panel pakar yang berkelayakan tinggi untuk bekerjasama dalam menghasilkan produk yang efektif dan ideal bagi masyarakat. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

“Tiada ruang dalam melakukan kesilapan kerana kami sangat mengutamakan soal kesihatan dan kesejahteraan pelanggan kami”, tegas beliau lagi. Dengan melalui pelbagai kawalan ketat dan ujian yang teliti seperti ujian logam berat, mikrob dan ubat-ubatan, produk di dalam siri AEMIS memberikan jaminan bahawa ianya selamat untuk diambil oleh semua lapisan masyarakat. 

“Kami berasa amat gembira kerana berjaya melaksanakan langkah seterusnya dalam misi kami untuk menggalakkan keseimbangan kerjaya dan kesihatan di kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dalam masyarakat moden kini, kami telah mengenal pasti kualiti tidur dan kesihatan usus adalah penyelesaian yang paling meluas digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia,” ulas Dr Jezamine. Harith yang juga merupakan pemilik perniagaan, usahawan dan bapa kepada 3 cahaya mata kemudiannya menambah dengan berkata, “Tidur yang berkualiti tinggi memberikan kita keadaan mental yang lebih baik, dan ia menjadikan segalanya tidak mustahil”. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

Berjaya dalam profesion mereka yang tersendiri serta ibu bapa yang hebat buat anak-anak, Harith Iskander dan Dr Jezamine kemudiannya merangkumi visi keseimbangan kerjaya dan kesihatan AEMIS dengan menjelaskan perancangan mereka, “Untuk langkah seterusnya, kami mempunyai beberapa produk dalam perancangan yang akan membolehkan siri AEMIS memberikan penyelesaian terbaik dalam membantu masyarakat di Malaysia mencapai keseimbangan kerjaya dan kesihatan yang ideal berdasarkan keperluan unik mereka”. 

Harith Iskander &Amp; Dr Jezamine Lancar Produk Bantu Tidur Lena &Amp; Berkualiti &Amp; Penghadaman, Aemis

Tentang AEMIS 

Aemis menumpukan kepada permasalah kesihatan suboptimum atau juga lebih dikenali sebagai masalah kesihatan jangka panjang yang disasarkan kepada semua terutama sekali mereka yang mengutamakan kerjaya dalam menjalani kehidupan seharian. Ia sering terjadi pada golongan yang mempunyai gaya hidup sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri. Aemis bertujuan untuk membantu pengguna dalam melindungi kesihatan suboptimum sekaligus kesihatan menyeluruh. Kesihatan bermula dengan penjagaan dalaman. Dalam erti kata lain, asas utama kesihatan perlu berada dalam keadaan terbaik agar ia tidak mendatangkan bahaya. Oleh kerana segalanya bermula dari dalam, ia adalah penting untuk seseorang mendapatkan nutrien yang terbaik dan menitikberatkan ramuan semula jadi yang diperlukan tubuh badan. Jadi, Aemis direka khusus sebagai penyelesaian buat anda dan insan tersayang dalam meningkatkan kesihatan menyeluruh tanpa perlu mengorbankan kerjaya mahupun masa yang sangat berharga. Aemis, memberikan keseimbangan kesihatan dan kerjaya yang anda perlukan! 

Harith Iskander 

Sejurus menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Curtin, Australia pada tahun 1990, Harith memulakan kerjayanya sebagai seorang pelawak sehingga berjaya menempa nama dalam industri komediri di Malaysia. Selain seorang pelawak, Harith juga merupakan seorang pengarah filem/TV/pentas, penerbit, penulis, pelakon dan juga pengacara. Tidak asing lagi dalam dunia hiburan, beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh Asia Magazine, Kurator bagi festival komediri terbesar di Asia, di Festival Komedi Asia pada tahun 2015 dan 2017, serta pemenang Laugh Factory’s Funniest Person in the World pada tahun 2016. Harith turut mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam menerima Anugerah Penghargaan bagi Sambutan Kemerdekaan Finland yang ke-100 Tahun daripada Duta Finland, Petri Puhakka. Beliau juga merupakan duta bagi kempen Early Moments Matter Unicef Malaysia. Selain daripada itu, Harith juga merupakan pengasas bagi Kelab Premier Stand Up Comedy Malaysia iaitu The Joke Factory. Beliau turut bergiat aktif dalam pertubuhan amal yang diasaskan olehnya dan isteri iaitu The Hope Branch. 

Dr Jezamine Lim Iskander 

Dr Jezamine Lim Iskander merupakan seorang saintis dan usahawan wanita pertama yang memperoleh doktor falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem dari Universiti Kebangsaan Malaysia, serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Melaka Manipal Medical College. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cells Biopeutics Resources di mana berjaya membangunkan dan mengkomersialkan terapi sel stem sehingga beliau dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Wanita Terbilang di Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Wanita Sedunia. Pada tahun 2019, beliau telah menerima Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia. Sebagai Ahli Gabungan Rangkaian Saintis Muda Malaysia di Akademi Sains Malaysia, beliau dipandang tinggi oleh komuniti perubatan dan penyelidikan di Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mustaqim Bahadon | 12

Nazeera Sardi & Mustaqim Bahadon dalam Telefilem SEBALIK HATI

Budiey

Pengalaman Menarik & Suspen di Acara TUDUM Anjuran Netflix di Singapura