in ,

Temui Bintang-Bintang Muzik Tanahair di JIMBA FEST TOUR

Pengemar music boleh menyertai acara Digi Idol dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik

Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) dan Warner Music menjemput semua belia Malaysia untuk menyertai acara JIMBA FEST TOUR, dipenuhi dengan keseronokan dan muzik, yang akan diadakan di lima lagi lokasi dari 21 Oktober sehingga 26 November di seluruh negara.

JIMBA FEST TOUR

Temui Penyanyi Popular & Bermesra Bersama Mereka

Pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka seperti Maya Karin, Aizat Amdan, Awi Rafael, Kaka Azraff, Datin Alyah, Nora, Yasin, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hasan dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang hari tersebut dan memenangi hadiah premium yang menarik daripada Digi dan Warner Music Malaysia. Pelanggan Digi yang baharu dan yang sedia ada juga berpeluang untuk mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu artis serta mencuba nasib mereka dalam acara cabutan bertuah untuk memenangi lebih banyak hadiah.

JIMBA FEST TOUR

Sebuah Pertandingan Nyanyian Lain dari yang Lain

Bagi para penggemar muzik, Digi juga telah berkolaborasi dengan Warner Music Malaysia dan Smule untuk membawakan Digi Idol, sebuah pertandingan nyanyian dengan sesi ujibakat yang diberikan sentuhan menarik.

Pertandingan unik ini memberikan para peserta pilihan untuk menjalani uji bakat mereka di tapak Jimba Fest atau secara digital – ia merupakan pertandingan nyanyian pertama yang menggabungkan platform uji bakat luar talian dan dalam talian dengan Smule.

Bagi kedua-dua segmen uji bakat yang diadakan, para peserta perlu mendaftarkan diri mereka dalam aplikasi Smule dan menghantar rakaman nyanyian mereka dengan memilih salah satu daripada tiga lagu yang diberikan, iaitu Hana oleh Aziz Harun dan Hannah Delisha; Sibuk oleh Kaka Azraff atau Jutaan Purnama oleh Alyah.

Menangi Hadiah Yang Ditawarkan

Peserta yang dinobatkan sebagai juara akan berpeluang untuk membuat persembahan di atas pentas utama serta memenangi wang tunai bernilai RM 500. Lima peserta terbaik termasuk juara akan memenangi akses VIP Smule selama setahun.

Pertandingan tersebut dibuka bagi semua warga Malaysia – pelanggan Digi atau bukan pelanggan Digi boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Digi Idol ini.

JIMBA FEST TOUR

Pertandingan Akhir Digi Idol akan bertempat di lokasi-lokasi Jimba Fest Tour yang tertera di bawah:

Tarikh Lokasi
21 Oktober Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat
26 Oktober Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
31 Oktober Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim
10 November Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
26 November Universiti Teknikal Malaysia (UTM), Melaka

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman web komuniti MyDigi di sini.

JIMBA FEST TOUR

JIMBA FEST TOUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Lipa & BLACKPINK Bergabung Demi Kiss & Make Up

Trailer POLIS EVO 2 Trending di Youtube Malaysia