in ,

Digi Diberi Pensijilan ISO 45001

Perkenal lebih banyak inisiatif yang menggalakkan penjagaan kesihatan dan keselamatan pekerja

Komitmen Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat dan lestari bagi semua pekerjanya diperkukuhkan lagi apabila ia menerima pensijilan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) 45001:2018 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaanbaru-baru ini. Ini menjadikan Digi sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia serta syarikat  kumpulan Telenor yang pertama untuk memperolehnya.

Digi 3_low res
Digi Syarikat Telekomunikasi Malaysia Pertama Peroleh Pensijilan ISO 45001 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 

ISO 45001:2018 yang diperkenalkan pada tahun lalu merupakan piawaian antarabangsa pertama bagi pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan, bertujuan untuk menyelaraskan piawaian kebangsaan kesihatan dan keselamatan yang dipraktis oleh organisasi. Sijil piawaian ini menyediakan garis panduan dalam meningkatkan keselamatan, mengurangkan risiko dan menambah baik tahap kesihatan serta kesejahteraan di tempat kerja untuk semua organisasi tanpa mengira saiz.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Digi, Elisabeth Stene berkata,

“Pensijilan ini membuktikan komitmen Digi dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, serta kondusif dan mampu menyokong pembangunan kerjaya setiap pekerja Digi. Kesejahteraan mereka merupakan prioriti utama dan kami ingin sentiasa proaktif dalam hal kesihatan serta keselamatan di syarikat. Usaha pengurangan risiko yang dilakukan ini akan membuka ruang kepada semua pekerja untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnyabersama kami di Digi.”

– Ketua Pegawai Sumber Manusia Digi, Elisabeth Stene
Digi 2_low res

Proses pensijilan telah  bermula pada April 2018 termasuklah memastikan para pekerja Digi  di bahagian Infrastruktur Korporat dan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) diperkasakan dengan kemahiran ISO 45001, memperkenalkan Kenyataan Dasar HSE yang baharu, menganalisis risiko bukan operasi untuk organisasi, memperbaharui panduan HSE termasuk prosedur sistem yang berkenaan.

Selain itu, keperluan HSE syarikat telah dirangkumkan ke dalam operasi utama yang mana sistem pelaporan dan kawalan operasi keselamatan tersedia di ubah ke dalam bentuk digital untuk akses yang lebih mudah. Digi juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan semua pekerja berpengetahuan mengenai pemeriksaan keselamatan, statistik kecederaan dan penyakit serta isu berkaitan keselamatan yang lain. Mereka juga diminta untuk melaporkan keadaan atau tingkah laku yang tidak selamat dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Digi 1_low res

Digi kini mempunyai talian bantuan kecemasan khas buatsemua pekerja, didukung oleh pasukan pertolongan cemas terlatih yang terdiri daripada kakitangan Digi sendiri. Mereka berkemampuan untuk memberi bantuan segera kepada yang memerlukan sebelum ketibaan pegawaiperubatan.

Mereka dilengkapi dengan peralatan perubatan terkini seperti usungan, kerusi roda, kit segera respon trauma, defibrilator luaran automatik (AED) dan Oxygen Pacs. Inisiatif ini membolehkan tindakan diambilsecepat mungkin sekiranya berlaku kecemasan dengan pengagihan tugas tertentu kepada setiap anggota pasukan pertolongan kecemasan.

“Dengan adanya pensijilan ISO 45001:2018 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ini, kami juga berhasrat untuk mewujudkan tahap kesejahteraan pekerja yang lebih baik bermula dengan pengenalan Program Kesihatan yang holistik.

Program ini meliputi semua aspek termasuklah daripada segi kesihatan fizikal dan mental sehingga ke diet yang lebih baik dengan seleksi makanan yang lebih sihat di tempat kerja. Untuk permulaan, sebuah ruangan khas disediakan untuk pekerja berehat dan bersantai seketika seperti Sudut Muzik dan Ruang Permainan yang dilengkapi dengan foosball, meja snuker serta konsol PlayStation4,”

– Ketua Pegawai Sumber Manusia Digi, Elisabeth Stene

Ketahui lebih lanjut mengenai usaha Digi dalam menjalankanamalan perniagaan yang bertanggungjawab di www.digi.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pameran Lukisan di Hotel Premiere Kuala Lumpur

Dokumentari ADAT PERKAHWINAN BORNEO