in , , ,

Drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam ‘Kayu’

Satu-persatu, finalis pencarian Hero Remaja 2020 menyusul sebagai pelakon drama komersil.

Setelah berakhirnya malam finale Julai lalu, 12 orang finalis mula memperolehi kepercayaan pihak produksi drama untuk terbabit dalam projek mereka. Antara yang mula diberikan peluang sebagai pelakon baharu ialah pemegang kategori Hero Inspirasi 2020, Imran Aqil. Drama berjudul Lelaki Linkungan Cinta itu telahpun memulakan penggambaran mulai bulan Ogos sehingga September lalu.

Lelaki Lingkungan Cinta

“Menerusi drama ini, saya membawakan watak sebagai kawan Ismail Izzani yang sedikit nakal.

Kiranya, saya menjadi partner in crime kepada watak Mail. Bagi korang yang telah menonton klip teaser, watak-watak lakonan Naim Daniel, Ismail Izzani Cik B, Shasha (Abedul), Aniq (Suhair) dan ramai lagi akan bertemu di sebuah boot camp yang terletak di Gopeng.

“Di situlah, jalan cerita drama Lelaki Lingkungan Cinta bermula,”

– Imran Aqil
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam 'Kayu'

Menariknya, drama yang bergenre rom-com remaja ini menemukan ramai pelakon baharu dan ini merupakan drama sulung bagi kebanyakan daripada mereka. Lagipun, industri hiburan Malaysia telah lama tidak mempertaruhkan genre seperti ini. Remember the good ol days with Gol & Gincu and Kami? Haihh..

Justeru, Imran teruja untuk menjadi sebahagian daripada drama ini.

“Kami sebagai pelakon baru banyak meminta nasihat dan tip daripada Abang Razak dari A-Z.

Walaupun baru, kami tidaklah dimarah atau stres di set (ketawa). Alhamdulillah, production pun enjoy dengan kami.

Cuma, saya ditegur untuk ‘buka mulut’ dan jangan tunjuk macho sangat. (ketawa) Saya akui saya masih kekok.

“Jadi, saya dan beberapa lagi finalis Hero Remaja seperti Jazmy dan Aniq ada perancangan untuk menyertai kelas lakonan untuk memperbaiki lontaran suara dan body language kami.

“Buat masa ini, kami yang belajar daripada pengalaman, bukannya praktikal. Jadi apabila menyertai kelas, kami boleh pelajari tricks and tips lakonan,”

– Imran Aqil
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam 'Kayu'

Imran kini turut banyak menerima tawaran melakukan reviu daripada pelbagai jenama.

Normal lah bagi pelakon baru, pasti ramai yang akan mengkritik cara lakonannya. Ada yang akan suka, ada juga yang mungkin akan melabelnya ‘kayu’. Bagi Imran, dia tidak menjadikan kritikan netizen sebagai pemudar semangat.

“Mulut orang kita tak boleh tutup kan. Saya ada baca juga kritikan di media sosial.

Cuma sekarang, saya lebih bijak mengasingkan kritikan yang membina dan kritikan yang mencerca.

Kadangkala sebagai penonton, mereka tahu apa perlu saya perbaiki,” simpulnya.

– Imran Aqil
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam 'Kayu'

Apapun, kami tidak sabar untuk menonton drama Lelaki Linkungan Cinta yang akan ditayangkan bermula 21 Oktober ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran TV3.

*Sumber: Remaja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tamat Kuarantin 14 Hari, Tengku Zafrul Berlari 11km Sebelum Kembali Bertugas

Pelik! Jika Dulu Dikenali Tempat Asal Covid-19, Wuhan Kini Dibanjiri 18 Juta Pelancong