in ,

Jejak Teh Terbaik Di Asia Dalam TEH ANTARA BENUA

Menjelajah ke beberapa buah lokasi di seluruh Asia dalam mengenali sejarah, fakta menarik, jenis dan keunikan rasa minuman teh dalam program “Teh Antara Benua” yang sedang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 1 November ini, setiap Khamis, pukul 10.00 pagi di TV Okey.

Bersama-sama hos Inas Sofea, 13 episod ini berkongsi fakta menarik berkenaan minuman teh di seluruh dunia. Istimewa di Hangzhou, China melawat ladang teh Longjing, yang terbesar di China. Bermula dengan cara teh hijau dipetik, diproses dan juga cara membancuh minuman teh hijau. Seterusnya ke Restoran Xi Bei Ren Jia menikmati makanan halal masyarakat China. Turut dikongsikan legenda teh Shennong, lokasi penanaman teh utama dan jenis-jenis teh. Ia diakhiri dengan lawatan ke kedai menjual minuman teh di Padestrian Walk Hangzhou.

poster Teh Antara Benua

Masih di Hangzhou, China meninjau ke sekitar Tasik Barat (Westlake) dan ke Muzium Teh Kebangsaan China. Fakta sejarah air teh di negara China, jenis-jenis teh yang digemari oleh masyarakat China dan kegunaan minuman teh dalam majlis rasmi serta ubatan. Inas Sofea kemudiannya ke Zhengzhou bertemu Cik Khaty, sahabatnya yang bekerja sebagai penterjemah. Mereka bercerita tentang jenis teh yang paling mahal di dunia dan daerah paling terkenal dengan teh di China. 

Menarik perkongsian di Kyoto, Jepun melawat kedai yang menjual pelbagai jenis produk yang berasaskan the termasuk fakta menarik tentang budaya minuman teh di Jepun. Beliau berkunjung ke kedai Maiko Kimono & Tea Ceremony, untuk mencuba sendiri penyediaan dan upacara jamuan teh matcha. Di Kyoto juga, Inas berkunjung ke Uji bersama rakannya, Auntie Ros berkongsi fakta sejarah tempat yang menarik di bandar Uji. Seterusnya, ke kediaman Yasuharu, Naib Presiden Ladang Teh Obubu untuk merasai sendiri teh Hojicha, sejenis teh yang dibancuh dengan air sejuk. Di penghujung episod berkunjung ke Nara, sebuah taman yang dipenuhi dengan beberapa ekor rusa yang jinak, hidup berkeliaran di taman tersebut.

Di Kyoto juga penonton berpeluang menyaksikan satu-satunya kafe Starbuck di dunia yang berkonsepkan Tea House klasik dan menikmati minuman teh matcha secara Tatami. Inas turut berkunjung ke Dotonburi, kawasan terkenal dengan pusat membeli-belah dan restoran makanan di Osaka juga Osaka Chakai Cafe yang terletak di Osaka Street yang  menggunakan pelbagai bentuk cawan minum teh. Seterusnya, melawat Istana Baksu Maksu, Osaka. Istimewa program ini menemubual rakyat Malaysia di sana berkenaan minuman teh kegemaran mereka dan sempat ke pasar raya Takashimaya.

Kembara diteruskan ke Colombo, Sri Lanka mengunjungi Independence Memorial Hall, Restoran BeeBee, pasar Pettah, Raxawa Tea Lounge (cara menentukan nilai harga sesuatu jenis teh), pusat jualan teh milik Lembaga Teh Sri Lanka di mana ke semua jenis dan jenama teh dijual. Pengembaraan indah mengunjungi Masjid Jami’ul Alfar, sebuah masjid tertua di Colombo dan ke Kuil Ganggaramaya, sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Sri Lanka. 

Hos...Inas Sofea

Perjalanan ke Dunkeld untuk berkunjung ke Ladang Teh Dilmah, dan menemu ramah berkenaan sejarah jenama Zesta, jenis teh yang dijual dan menikmati air teh kayu manis. Di Dunkeld juga berkunjung ke sebuah banglo mewah menikmati air teh berlatar belakang pemandangan gunung-ganang. Manakala di Hutton, melihat keunikan pasar juga di Railway Lodge menemu ramah pemilik hotel sambil menikmati hidangan pelbagai jenis teh berlatar belakang pemandangan stesen kereta api lama. Menarik dikongsikan pengalaman di Tea Lounge Dilmah dan ke Colombo City Centre Mall meninjau kedai menjual serbuk teh.

Inas Sofea kembali ke Malaysia dan berkunjung ke Pameran Teh Antarabangsa di Vivo Mall, Cheras. Menemui bual ahli Persatuan Seni Teh Kuala Lumpur sebelum berkunjung ke beberapa buah gerai di pameran tersebut bagi mengenali dan juga merasai pelbagai jenis teh serta tembikar cawan dan teko teh. Seterusnya, ke Ladang Teh Bukit Cheeding, Banting untuk melawat ladang teh tanah rendah dan menemu ramah pengurus ladang tersebut berkenaan sejarah penanaman teh di Bukit Cheeding. 

Kembara minuman teh di Malaysia tambah mengujakan dengan berkunjung ke Restoran Natures Vegeterian bertemu pemilik restoran tersebut. Seterusnya ke Restoran Yeast Bristonomy dan ke Chatime untuk menikmati teh yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Beliau turut berkunjung ke kafe teh jepun, Maiko Cafe melihat sendiri cara membancuh teh matcha juga ke Meet Joe Cafe. Dalam episod akhir, Inas berkunjung ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, Cameron Highland dan mengetahui teknik pemprosesan daun teh juga teknik penilaian rasa minuman teh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DRAMA Lagu Terbaik Minggu Pertama SFMM34!

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic