in , ,

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic

Ikon Muzik Punk Rock Negara, Bunkface Dan One Buck Short, Bakal Menghangatkan The Bee Kl Dalam Siri Konsert Punkrock Picnic

Bunkface

Legenda genre muzik punk rock Malaysia, Bunkface dan One Buck Short, bakal beraksi bersama sekali lagi dan kali ini untuk siri konsert Yoodo x The Bee Presents: Punkrock Picnic (Punkrock Picnic).Ianya akan berlangsung pada 29 November ini bertempat di The Bee, Publika KL, untuk satu malam sahaja yang sudah tentu menjanjikan persembahan yang epic, mengimbau nostalgia dan penuh bertenaga daripada kedua-dua kumpulan yang popular bukan sahaja di negara ini malah di rantau Asia. 

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic

“Sebagai jenama 100% servis digital mudah alih boleh ubahsuai di Malaysia, Yoodo begitu berbangga untuk mempersembahkan Bunkface dan One Buck Short di dalam konsert Punkrock Picnic di The Bee, Publika,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Pengarah bagi Yoodo. “Sejak ditubuhkan, kami dikenali dengan sokongan kami kepada komuniti dan peminat-peminat genre muzik punk rock. 

Punkrock Picnic, adalah kesinambungan kepada konsert Yoodo Presents yang sangat berjaya pada awal tahun ini. Acara tersebut yang menampilkan 6 band indie tempatan telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk jutaan jumlah tontonan secara online.

Kali ini, kami bawa pula dua kumpulan ini yang boleh dianggap perintis kepada muzik yang dibawa oleh mereka dan menjadi inspirasi kepada banyak band-band baru ketika ini.”

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic

Konsert epik ini akan berlangsung di The Bee, yang pada ketika ini makin menempa nama sebagai venue pilihan bagi acara hiburan berkualiti samada tempatan dan antarabangsa di ibu kota. 

Bunkface adalah salah satu kumpulan pop punk rock yang begitu disegani dan popular di negara ini. Berasal dari Klang, ia dianggotai oleh Sam, Pa’an dan Youk dan mereka telah bersedia untuk menghangatkan konsert Punkrock Picnic dengan aksi-aksi ligat dan lincah yang sudah sinonim dengan kumpulan ini.

Bakal mendendangkan lagu-lagu rancak dan agresif seperti ‘Situasi’, ‘Silly Lily’, ‘Revolusi’ dan lagu baru, ‘Suara’, konsert ini akan lebih membara dengan kumpulan punk rock dari awal tahun 2000, One Buck Short. 

Bunkface & One Buck Short Bakal Perform di Siri Konsert Punkrock Picnic

Setelah sekian lama menghilang, One Buck Short tampil semula untuk Punkrock Picnic dan akan membawa lagu-lagu hits klasik seperti ‘Fast Times’ dan ‘Kelibat Korupsi – dan beberapa lagu kejutan lain buat peminat-peminat yang merindui kumpulan ini. 

“Kami memenuhi beberapa tahun kebelakangan ini dengan mencari pengalaman baru dan kini sudah bersedia untuk kembali beraksi! Peminat-peminat yang menghadiri Punkrock Picnic pasti akan terhibur dan kami berazam untuk membawakan beberapa lagu baru dengan semangat One Buck Short yang sudah sebati dengan jiwa para peminat kami,”

– Pemain bass, Izal

Tiket Punkrock Picnic sudah boleh didapati dengan tiket ‘early bird’ berharga RM38 sudah pun habis dijual. Tiket ‘advanced’ berharga RM58 masih boleh dibeli secara online, dan harga tiket di The Bee pada hari konsert adalah RM78.

Sila layari www.galactix.asia. Untuk lebih maklumat berkenaan Yoodo sila layari www.yoodo.my, dan layari www.thebee.com.my  untuk maklumat lanjut tentang The Bee.

About Yoodo

Launched in January 2018, Yoodo is an independent 100% digital mobile service that is owned and operated by Celcom Axiata Berhad. It offers the country’s first truly customisable mobile service with complete transparency, flexibility and customer convenience.  

For more information on Yoodo, log on to yoodo.com.my or look up yoodoMY on Facebook, Instagram, YouTube and Twitter.

About The Bee

Bar | Kitchen | Venue

The NEW Bee is here and ready to bring you all things food, drinks and venue space related – Located at a cozy corner at Publika Mall in Kuala Lumpur, the newly renovated “Bar | Kitchen | Venue” has fully opened its doors; serving specially curated top-notch beverages, mouth watering new dishes and playing host to the hottest live events & concerts in KL!

Set up as a ready-to-go venue for hire, the reconfigured space was fitted with a brand new state-of-the-art sound, lighting and production rig with a fully adjustable mega deck staging making it a destination favorite for concert promoters across the region as well as touring artists.

The venue at The Bee has also become the go-to for press conferences, corporate events, product/album launches, talks/forums, weddings and birthday location, while our Bar + Kitchen dish out mouth watering burgers, pastas, pizza’s along with our signature local cocktails and the freshest beer – daily.

To date, our all star list of clientele includes the likes of Google, Facebook, Livenation Entertainment, AEG Presents, Def Jam Records, Universal Music Group, Warner Music Group, Sony Music Entertainment, Astro, Vans, Sony Pictures, CIMB Bank, Maybank, BMW, Mini Cooper, Lazada, Shopee, Zalora, Intel, Phillip Morris International, British American Tobacco, The British Council, Marshall, Tiger Beer, Guinness and various Government Ministries amongst others.

For a private tour of the space or booking inquiries, please call 60364127881 or email [email protected]

For more information log onto

 www.thebee.com.my | www.facebook.com/thebeemy | www.instagram.com/thebeemy

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jejak Teh Terbaik Di Asia Dalam TEH ANTARA BENUA

Kylie Jenner Jual Saham Pemilikan Kylie Cosmetics RM2.5 Bilion