in ,

Jejai Larang Fasha Sandha Berlakon

Fasha Sandha terpaksa berehat daripada sebarang aktiviti seni buat seketika demi menjaga kandungannya yang kini mencecah hampir sebulan.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata keputusan itu diambil sebagai menghormati permintaan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, yang bimbang dengan keadaannya dan kandungan tersebut.

Fasha Sandha Kahwin

“Kalau diikutkan memang terasa sayang terpaksa tolak banyak tawaran lakonan tetapi kandungan saya adalah keutamaan pada waktu ini. Walaupun tidak berlakon, jadual harian saya tetap padat seperti biasa dengan kerja-kerja di Chinta Hair Salon & Beauty dan memenuhi beberapa sesi fotografi. Malah, saya akan menemani suami yang terlibat dalam jelajah perlumbaan kereta Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia sepanjang tahun ini,”

Ditanya mengenai pengalamannya berbadan dua, Fasha berkata dia belum merasai sebarang perubahan besar atau kesakitan seperti yang dialami wanita mengandung.

“Setakat ini saya rasa seperti tidak mengandung pula kerana tiada perubahan atau perkara pelik yang berlaku. Saya masih aktif dan tidak mengalami alahan atau mabuk kehamilan (morning sickness). Semuanya normal saja, malah perut saya pun tidak begitu besar, mungkin kerana masih terlalu awal,” katanya.

Ringkas mengenai majlis resepsi mereka di Tasoh Lake Resort & Retreat, Perlis pada Ahad lalu, Fasha berkata dia dan suami sangat berpuas hati dengan majlis yang diinspirasikan oleh ibunya, Hatijah Teh Man.

“Alhamdulillah, majlis resepsi itu berjalan dengan lancar dan ringkas seperti yang kami impikan. Lebih istimewa, apabila kami bersanding bertiga bersama bayi dalam kandungan ini. Saya dan suami terlalu gembira dan berpuas hati kerana ramai yang datang untuk meraikan kami di kampung halaman saya,” katanya.

Fasha Sandha Kahwin

Majlis resepsi itu dihadiri kira-kira 2,000 tetamu termasuklah keluarga, sahabat, wakil media dan para peminat daripada kelab “We Love Fasha Sandha.”

Ia turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan isteri serta bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan isteri.

Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dekat sini dengan mas kahwin sebanyak RM8,888.88.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UEFA EURO 2012 Predictor Challenge

Diskaun Pelajar Tiket Konsert Maher Zain Live Di Malaysia 2012